NAFUZI ZAIN YAKIN PEMAIN-PEMAIN MAMPU MENGEKALKAN MOMENTUM WALAUPUN DENGAN KETIADAANNYA

Pengendali pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain tetap yakin pemain-pemainnya mampu untuk mengekalkan corak permainan yang dipamerkan sebelum ini walaupun beliau tidak bersama pasukan pada perlawanan malam ini menentang pasukan Kedah FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.

Nafuzi Zain  kini berada di  Kuala Lumpur bagi menghadiri Kursus Kejurulatihan Diploma Bola Sepak Profesional AFC (Modul Kedua) yang  bermula 8 Julai sehingga 18 Julai 2019. Mohd Nik akan mengambil alih tugas sementara yang ditinggalkan oleh Nafuzi bagi 2 perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Terengganu FC menentang Kedah FA pada 9 Julai 2019 dan Pahang FA pada 12 Julai 2019.

Bagi perlawanan menentang Kedah FA pada malam ini, pasukan lawan juga tampil tanpa pengendali utamanya, Aidil Sharin Sahak yang turut menghadiri kursus kejurulatihan bersama Nafuzi Zain dan bersama barisan jurulatih lain bermula minggu ini. Diharapkan perlawanan yang menarik dapat ditampilkan oleh kedua-dua pasukan pada malam ini walaupun kedua-dua pasukan turun tanpa kelibat jurulatih utama pasukan masing-masing.

 

Nafuzi Zain & Aidil Sharin Sahak berada di Kuala Lumpur bagi  menghadiri Kursus Kejurulatihan Diploma Bola Sepak Profesional AFC (Modul Kedua)

Leave a Reply