ROMBAKAN PEMAIN DALAM KESEBELASAN UTAMA BAGI PERLAWANAN MENENTANG PJ CITY FC

Pasukan Terengganu FC dijangka membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama pemain bagi perlawanan menentang pasukan PJ City FC pada malam ini. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah  Terengganu ini dijangka menjadi perlawanan ‘medan uji’ pemain Terengganu FC yang baru pulih dari kecederaan dan juga yang baru menyertai pasukan ini sebelum ini.

Amirzafran dijangka bakal membuat penampilan pertama bersama pasukan pada malam ini selepas pemain ini terpaksa diketepikan sejak saingan Piala Malaysia musim lepas selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut. Amir yang telahpun cergas sepenuhnya terus positif dan yakin beliau dapat kembali beraksi dan menampilkan aksi terbaik beliau jika diberi peluang. Seorang lagi pemain baru pasukan Terengganu FC iaitu Mohd Nabil juga dijangka bakal diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan pada malam ini. Pemain yang telah berhijrah dari pasukan Ultimate FC ini semestinya sudah tidak sabar untuk beraksi bersama skuad Terengganu FC dan membalas kepercayaan yang diberikan oleh Haji Irfan Bakti.

2 lagi pemain iaitu Ashari Samsuddin dan juga Hasnizaidi juga antara nama yang berkemungkinan bakal berada dalam kesebelasan utama pasukan pada malam ini. Semestinya pasukan Terengganu FC ingin menebus kekecewaan apabila tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA dengan mendapatkan kemenangan dalam saingan liga pada malam ini. Perlawanan pada malam ini akan dilangsungkan pada jam 10.00 malam.

Leave a Reply