
IZZAN SYAHMI PERLU MASA UNTUK KEMBALI BERAKSI
Penyerang muda Terengganu, Izzan Syahmi pada petang semalam telah selesai menjalani pemeriksaan kecederaan yang dialami di lutut kanannya setelah berlaku pertembungan bersama seorang lagi pemain semasa sesi latihan bersama pasukan Terengganu FC II.
Izzan Syahmi telah dihantar untuk melakukan pemeriksaan di Sunway Medical Centre, Kuala Lumpur. Keputusan pemeriksaan melaporkan beliau mengalami kecederaan di bahagian meniscus pada lutut kanannya. Walaupun begitu Izzan Syahmi kekal positif beliau bakal kembali pulih dengan cepat dan bakal berusaha untuk kembalikan kecergasannya untuk kembali bersama pasukan.
Izzan dijangka bakal direhatkan hampir 8 minggu bagi memastikan kecederaan yang dialaminya pulih sepenuhnya untuk dapat kembali beraksi. Untuk rekod pemain kebangsaan bawah-23 tahun ini telah diserap ke pasukan utama di Liga Super dan telah membuat penampilan dalam beberapa perlawanan sebagai pemain gantian. Irfan Bakti yakin Izzan Syahmi adalah pemain yang mampu digilapnya untuk menjadi lebih baik dan berkualiti pada masa akan datang.
Izzan Syahmi antara pemain prospek masa depan bagi skuad Terengganu FC
Izzan Syahmi menjalani pemeriksaan di Sunway Medical Centre semalam