KHAIRU AZRIN TERUS POSITIF BAGI MEREBUT KESEBELASAN UTAMA PASUKAN

Pemain tengah pasukan Terengganu Football Club (TFC), Khairu Azrin bin Khazali atau lebih dikenali sebagai Ah Chong terus positif dan fokus dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan TFC pada musim ini.

Pemain tengah yang berasal dari Selangor ini dilihat terus menerus dapat menambat hati penyokong pasukan TFC dalam aksi beliau bersama pasukan ini dalam beberapa siri perlawanan yang lepas. Ah Chong yang turun sebagai pemain tengah TFC dilihat tiada masaalah untuk menggalas tanggunjawab sebagai enjin penyambung bahagian pertahanan dan serangan TFC. Walaupun posisi beliau yang kini dikuasai oleh pemain kebangsaan Kemboja iaitu Thierry Chantha Bin, namun beliau tiada masaalah untuk terus bersaing dalam mendapatkan tempat dan memberikan 200% komitmen apabila diberikan kesempatan beraksi.

Ah Chong sebelum ini pernah dikaitkan sebagai musuh penyerang TFC,Kipre Tchetche ketika beliau mewakili Felda United ketika itu kerana Kipre menyatakan Ah Chong adalah orang yang paling sukar untuk beliau lepasi kerana kualiti bertahan dan rampasan bola dari pemain ini sangat baik. Kipre juga menyatakan beliau gembira apabila Ah Chong menjadi rakan sepasukannya kerana ini menambah kualiti pasukan ini khususnya dalam menambah kualiti di bahagian tengah.

Pasukan TFC bakal bertemu pasukan PKNP FC pada malam ini dan dijangka bakal berlaku sedikit rombakan dalam kesebelasan utama TFC dalam misi memburu mata di tempat lawan.

 

Comments (2)

  1. FloydSlino

    mexican pharmacy: Online Pharmacies in Mexico – mexican drugstore online

  2. Williamfew

    Online medicine home delivery https://indiaph24.store/# Online medicine home delivery
    top 10 pharmacies in india

Leave a Reply