KOMEN DAN HARAPAN PENYOKONG TERENGGANU FC BAGI PERLAWANAN SABTU INI
Beberapa orang penyokong Terengganu yang ditemuramah telah melahirkan pendapat yang positif berkenaan perlawanan Separuh Akhir Pertama Unifi Piala Malaysia 2018 pada Sabtu yang menemukan pasukan Terengganu FC (TFC) menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu. Antara wakil penyokong yang ditemuramah adalah antara penyokong setia yang sering berada di stadium sepanjang Liga Malaysia berlangsung. Apa yang menarik ada diantara mereka yang sudah sangat dikenali oleh penyokong-penyokong lain dan mempunyai nama samaran yang boleh dikatakan dikenali dan tidak asing lagi bagi penyokong-penyokong Terengganu.
POK RIPING
“Sebagai penyokong saya berkeyakinan penuh kita akan menang pada perlawanan Sabtu ini. Walaubagaimanapun saya hanya berharap satu sahaja, iaitu mutu pengadilan yang diharapkan tidak mengganggu permainan kerana bagi saya perkara ini yang selalu menghantui pasukan kita. Bagi saya jika pengadil mengadili dengan baik, pemain kita dapat bermain dengan baik, InsyaAllah kita akan menang pada perlawanan kali ini sekurang-kurangnya 2-0. Secara jujurnya saya memang berharap kita bertemu pasukan JDT kerana inilah ujian untuk pasukan kita kerana kita juga adalah pasukan yang kuat. Harapan saya terhadap pemain, bermainlah seperti biasa, bermain tanpa tekanan kerana kita hadir sebagai pasukan underdog , tekanan adalah pada pasukan JDT sebagai juara musim 2017. Kepada pemain, kami sebagai penyokong memberikan sokongan penuh kepada anda. Saya juga nak umumkan, saya akan cukur kepala saya pada malam perlawanan itu jika kita berjaya menumpaskan JDT. Saya akan cukur dihadapan penyokong-penyokong yang lain tanda kegembiraan dan berterima kasih kepada pasukan kita.”
RAIFUL BAHARI
“Pertama sekali alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan TFC kerana berjaya melangkah ke separuh akhir piala malaysia 2018. Bukan mudah ya untuk sampai ke tahap ini tanpa kesungguhan dan komitmen pemain kita serta jurulatih dan pegawai pasukan merencanakan taktikal pada setiap perlawanan. Harapan saya untuk perlawanan separuh akhir nanti menghadapi pasukan JDT, pemain2 lebih komited dan bermain sebagai satu pasukan. Kurangkan membuat kesilapan semasa bermain kerana saya melihat pada perlawanan separuh akhir ini pasukan yang kurang membuat kesilapan akan memenangi perlawanan. Kita tahu JDT sebuah pasukan yang kuat namun tidak kita nafikan pasukan kita TFC mampu mengejutkan mereka dengan semangat dan mental yang kuat. Semoga TFC mampu melangkah ke perlawanan akhir piala malaysia 2018 selepas kali terakhir kita ke pentas final pada tahun 2011, saya amat merindui pasukan TFC di pentas final. Akhir kata , saya doakan pasukan TFC mengikuti jejak kecemerlangan pasukan dari terengganu pada 2018 ini seperti pasukan belia tfc iv (naibjuara), piala presiden tfc iii (juara) dan TCFC (juara piala FAM) serta TFC ii yg ke final Piala Cabaran. Insyallah.”
MOHD ISA ARIFFIN ( Terengganu Fans Club )
“Perlawanan separuh akhir piala malaysia pertama lawan JDT di ssins adalah satu perlawanan yang agak sukar buat pasukan Terengganu.Kite akui pasukan JDT adalah sebuah pasukan yang kuat tapi bola itu bulat apa-apa pun boleh berlaku yang penting buat pasukan Terengganu kene kekal fokus 90 minit di atas padang dengan semangat juang yang tinggi yang di tampilkan oleh anak buah hj irfan bakti sebelum ini.Kami para penyokong akan turun ke stadium dengan penuh semangat memberi sokongan kepada pasukan sang penyu.Cuma di sini kami agak risau terhadap mutu pengadilan dan berharap pengadil yang di tugaskan pada perlawanan tersebut menjalankan tugas beliau dengan baik dan adil.Kite tidak mahu kejadian yang tidak di ingini berulang di ssins.Di sini saya menyeru semua penyokong sang penyu beramai-ramai turun ke stadium sabtu ini untuk memberi sokongan padu buat pasukan sang penyu serta menjaga tingkah laku dengan baik sepanjang perlawanan berlangsung.Akhir kata saya berharap skuad sang penyu dapat bermain dengan baik dan berdisiplin tinggi supaya kite beroleh kemenangan yang selesa untuk di bawa bekalan ke stadium larkin pada 20 oktober nanti bagi separuh akhir ke dua.”
CAPTAIN RAHMAT DOL (Sekking)
“Harapan kami sebagai penyokong tidak lain tidak bukan mengaharapkan pasukan TFC peroleh kemenangan. Kami sebagai penyokong akan bagi sokongan yg penuh bagi menghadirkan semangat buat pemain2 Terengganu. Kami tahu, pemain2 TFC kesemuanya adalah pemain2 yg hebat yang mampu menghadirkan kemenangan buat penyokong Terengganu. Doa dari kami penyokong demi pasukan TFC yang kami sayangi, moga terengganu TFC dapat menjuarai piala malaysia 2018.”
AMIRUL HANIF
“Sekalung tahniah buat pemain dan terima kasih kerana berjaya bawa kami hingga ke pentas separuh akhir PM edisi 2018. Apa yang pasti, sudah tentu saya mahu pasukan kiblat kecintaan sy mara ke pentas akhir bagi saingan kali ini. Saya yakin mereka mampu lakukan kerana 4 pasukan yg berada dlm pentas sparuh akhir adalah 4 pasukan terbaik dlm negara kita. Buat kesayangan perwira ku, tenang hadapi peperangan ini, buat dan usaha sehabis mungkin ingatlah kami sentiasa di belakang anda tanpa mengukur keputusan atau rekod persembahan anda.”
AZMI ALIAS
“Kepada pasukan Terengganu FC, bermainlah dengan sepenuh hati. Tunjukkan keupayaan sebenar kita ketika berhadapan dengan pasukan lawan. Kita adalah pasukan yang kuat dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja lawan kita. Jangan hampakan ribuan penyokong sejati yang hadir ke stadium untuk menyaksikan persembahan anda. Semoga TFC mampu mangalahkan JDT di laman sendiri dan juga di tempat lawan. Seterusnya mara ke peringkat akhir. Amin. Jumpa nanti di Final!”
Comments (31)
Choidly
White bars, HA P2Y 2 R alone; black bars, HA P2Y 2 R and ERО± priligy generic Collectively, these results encourage considering these agents in the metastatic setting
nutritionres
Thanks for systematic work.nutritionres
ehealthjournals
Thanks for systematic work.ehealthjournals
peerjournals
Thanks for systematic work.peerjournals
gastroinsights
Thanks for systematic work.gastroinsights
pediatricsjournals
Thanks for systematic work.pediatricsjournals
pediatricsjournals
Thanks for systematic work.pediatricsjournals
peerjournals
Thanks for systematic work.peerjournals
oncologyinsights
Thanks for systematic work.oncologyinsights
surgeryjournals
Thanks for systematic work.surgeryjournals
surgeryinsights
Thanks for systematic work.surgeryinsights
pharmajournals
Thanks for systematic work.pharmajournals
plugandcharge
Thanks for systematic work.plugandcharge
res-botanica
experience and quality thank you.res-botanica
robertex
experience and quality thank you.robertex
serristoricountry
experience and quality thank you.serristoricountry
studio44
experience and quality thank you.studio44
tatsrl
experience and quality thank you.tatsrl
tecnocostruzionizella
experience and quality thank you.tecnocostruzionizella
swimanddance
Thanks for systematic work.swimanddance
thales
Thanks for systematic work.thales
tournailesbains
Thanks for systematic work.tournailesbains
traiteur-wn
Thanks for systematic work.traiteur-wn
unadesinfection
Thanks for systematic work.unadesinfection
scooterkingalmere
Thanks for systematic work.scooterkingalmere
tuscanycountryhouse
experience and quality thank you.tuscanycountryhouse
guardiedicitta
experience and quality thank you.guardiedicitta
sicop-pentacol
Thanks for systematic work.sicop-pentacol
sicop-pentacol
Thanks for systematic work.sicop-pentacol
bargaouirideau
Thanks for systematic work.bargaouirideau
concepto
Thanks for systematic work.concepto