RANGKUMAN PERLAWANAN EAST COAST DERBY TERENGGANU FC MENENTANG KELANTAN FA

Pertembungan dua pasukan dari Pantai Timur ini semestinya membawa makna yang cukup besar bagi pemain-pemain dan juga penyokong mereka. East Coast Derby kali ini nyata milik pasukan Terengganu FC setelah berjaya menundukkan jiran, Kelantan FA dengan 2 jaringan tanpa balas. Pasukan Kelantan turun dengan misi untuk mendapatkan 3 mata bagi mengelakkan mereka tersingkir ke Liga Premier musim hadapan namun pasukan Terengganu juga inginkan kemenangan bagi memburu tempat yang lebih baik di liga.

Pasukan Terengganu FC pada perlawanan ini menurunkan Shahrul Aizad yang telahpun cergas sepenuhnya dari kecederaan dalam kesebelasan utama untuk digandingkan bersama Kipre Tchetche dan Do Dong Hyun dan Partiban di bahagian serangan pasukan. Dilihatkan pemain Terengganu FC turun dengan semangat yang luar biasa pada perlawanan ini dengan melakukan serangan bertali arus sejak wisel permulaan ditiupkan dan hasilnya pada minit ke 43 Kipre Tchetche berjaya meletakkan pasukan Terengganu di hadapan setelah menerima hantaran cantik dari Shahrul Aizad dan melakukan satu rembatan deras yang menewaskan penjaga gol Kelantan FA untuk memberikan kelegaan kepada pengendali Terengganu FC, Haji Irfan Bakti.

Bersambung babak kedua, Terengganu menggandakan asakan ke kubu Kelantan dan tidak menunggu masa yang lama kali ini untuk menambah jaringan, pada minit ke-54′ Kamal Azizi sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring setelah melakukan satu rembatan deras ke dalam gol setelah menerima hantaran cantik dari Partiban dari sebelah kiri gawang gol. Kamal Azizi berjaya menjaringkan gol kedua peribadi setelah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Kedah pada perlawanan sebelumnya. Lee Tuck hampir menambah jaringan buat pasukan Terengganu FC setelah melakukan satu sepakan percuma yang cukup cantik namun bola tersebut hanya singgah di tiang gol lawan dan membias ke luar padang.

Terengganu FC hampir menambah jaringan setelah pasukan diberikan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan apabila Fauzi Kadar dijatuhkan di dalam kotak penalti Kelantan namun Kipre Tchetche mempersiakan peluang apabila tidak berjaya menyempurnakan dengan baik sepakan penalti tersebut.

Kesungguhan dan kerja keras oleh kesemua pemain Terengganu pada malam ini layak diberikan pujian dan hasilnya kemenangan dalam perlawanan Derby ini sangatlah membawa makna buat mereka dan juga penyokong pasukan Terengganu sendiri. Diharapkan momentum kemenangan ini dapat dibawa bersama pemain-pemain ke Shah Alam bagi aksi terakhir menentang Selangor FA.

Lee Tuck telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini 

 

Comments (4)

  1. Wow, marvelous weblog structure! How long have you been blogging
    for? you make blogging look easy. The whole look of your
    web site is fantastic, as well as the content material!
    You can see similar here sklep internetowy

  2. Hi there! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my
    blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good success.
    If you know of any please share. Many thanks! You can read similar
    text here: Dobry sklep

  3. Hi there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?

    I’m trying to get my website to rank for some
    targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Many thanks! You can read similar blog here:
    List of Backlinks

  4. Wow, superb blog format! How long have you ever
    been running a blog for? you made running a blog look easy.
    The entire look of your web site is magnificent, let alone the content material!
    You can see similar here sklep internetowy

Leave a Reply