TERENGGANU FC IV MENERUSKAN RENTAK CEMERLANG DENGAN KEMENANGAN KE ATAS PASUKAN SSBJ

Anak didik Subri Sulong pada Ahad lepas terus menunjukkan aksi cemerlang dengan menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan jaringan 0-2. Perlawanan yang dilangsungkan di Padang E, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil itu berkesudahan dengan kemenangan dan 3 mata mutlak milik Terengganu FC IV.

Pasukan Terengganu FC IV memulakan permainan dengan cukup tersusun dan disiplin pada separuh masa pertama walaubagaimanapun tiada sebarang gol dapat dihasilkan kerana pasukan SSBJ juga beraksi baik pada ketika itu. Walaubagaimanapun skuad kendalian Subri Sulong ini meningkatkan rentak serangan pada separuh masa kedua dengan melakukan serangan bertali arus dan akhirnya berjaya mendapatkan jaringan pertama pada minit ke-80 perlawanan hasil jaringan Isa Rahman. 3 minit selepas jaringan pertama terhasil, skuad Terengganu FC IV diberikan sepakan penalti dan disempurnakan dengan tenang oleh Hakim menjadikan Terengganu selesa dengan jaringan 0-2 pada minit ke-84 perlawanan.

Pasukan Terengganu FC IV kekal berada di puncak liga Piala Belia (Kumpulan A) dengan mengumpul 32 mata meninggalkan pencabar di tempat kedua, PKNS FC dengan 7 mata dimana PKNS FC masih mempunyai 1 perlawanan yang belum dimainkan.

Comments (1)

  1. Wow, marvelous weblog layout! How lengthy have you been blogging for?
    you make running a blog look easy. The whole look
    of your website is excellent, let alone the content!
    You can see similar here najlepszy sklep

Leave a Reply