MALIK ARIFF MULA MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENYOKONG TERENGGANU FC

Abdul Malik Mat Ariff diantara muka baru di Liga Super Malaysia yang dibawa masukan oleh pengendali Terengganu FC, Haji IrfanBakti untuk memperkuatkan pasukan ini bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2018. Malik yang beraksi bersama Kuantan FA pada musim 2017 di saingan Liga Premier telah mencetak nama sebagai penjaring terbanyak bagi pasukan itu dan juga bagi keseluruhan Liga Perdana musim 2017 (Pemain Tempatan). Malik Ariff adalah pemain yang berasal dari Berserah, Kuantan, Pahang dan telah bersama pasukan Pahang pada tahun 2011 sehingga 2014 sebelum berhijrah ke Kuantan FA pada tahun 2015.

Malik juga telah menerima anugerah pertamanya sebagai pemegang kasut emas bagi Liga Premier 2017 kategori pemain tempatan pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017. Beliau yang bersama Kuantan FA ketika itu terus disunting oleh Haji Irfan Bakti untuk bersama Terengganu FC dalam langkah untuk memperkemas dan memperkuatkan bahagian serangan pasukan ini dan Malik telah bersetuju demi untuk mempertingkatkan bakatnya dibawah kendalian jurulatih berpengalaman itu disamping berazam untuk membantu pasukan ini untuk menjadi pencabar utama di liga tertinggi Malaysia ini.

Ketika mul bersama Terengganu FC, ramai yang bertanya siapakan pemain tempatan yang berani menyarung jersi bernombor 10 itu kerana kebiasaannya ianya diberikan kepada pemain import. Walaubagaimanapun Malik tidak menunggu lama untuk membuktikan beliau layak menyarung jersi tersebut dengan beraksi dengan baik pada 3 perlawanan pertama bersama Terengganu FC dan sudah mula menjadi bualan penyokong pasukan Terengganu FC. Walaubagaimanapun Malik tetap mahu mempertingkatkan prestasinya kerana beliau dilihat masih belum menunjukkan taringnya yang sebenar di saingan Liga Super khususnya untuk menghasilkan jaringan seperti yang dilakukannya di Kuantan FA. Diharapkan Malik akan terus dapat mengekalkan permainan lincah dan pantas dan mempertingkatkan usaha untuk membantu skuad Terengganu FC menjadi pesaing utama dalam merebut kejuaraan musim ini.