RANGKUMAN PERLAWANAN KEDUA UNIFI LIGA SUPER 2018
Skuad kendalian Haji Irfan Bakti pada malam ini berjaya membawa pulang 1 mata ke Kuala Terengganu setelah terikat dengan jaringan seri 1-1 bersama Kelantan FA pada perlawanan kedua Unifi Liga Super di Stadium Muhhammd IV Kota Bharu Kelantan sebentar tadi.
Terengganu FC (TFC) dihadapan seawal minit pertama perlawanan apabila Kipre Tchetche menjaringkan gol cantik hasil hantaran silang baik Ashaari Shamsudin. Jaringan gol awal ini berjaya mendiamkan ribuan penyokong pasukan Kelantan dan menggembirakan hampir 1000 orang penyokong TFC yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka ini.
Jaringan gol awal TFC dilihat tidak menjatuhkan moral pasukan lawan namun Kelantan FA dilihat kembali menyusun serangan dan gerakan-gerakan ke kubu TFC dan hasilnya Kelantan berjaya mendapatkan sepakan sepakan penalti setelah Fitri Omar menjatuhkan pemain serangan Kelantan di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-ragak untuk membuat keputusan memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah. Peluang ini disempurnakan oleh perancang import Kelantan, Do Donghyun untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat berbalas-balas serangan namun gagal menemui sentuhan jaringan sehingga tamat perlawanan. Ia dilihatkan sebagai sebuah perlawanan ‘East Coast Derby’ yang sangat menarik dan kredit harus diberikan kepada pemain-pemain TFC yang telah bermain bersungguh-sungguh dihadapan ribuan penyokong pihak lawan dan hasilnya kita berjaya pulang 1 mata berharga.
Pasukan Terengganu FC akan bertemu pasukan Selangor FA pada hari Sabtu ini bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.