TERENGGANU FC II MAHU BANGKIT DI GELANGGANG SENDIRI PADA PERLAWANAN MALAM INI

Pasukan Terengganu FC II (TFC II ) berazam untuk kembali bangkit pada perlawanan malam ini selepas dikejutkan pasukan Sabah FA dalam saingan Liga Perdana Jumaat lepas. Skuad kendalian Mustapha Kamal ini akan beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada malam ini menentang pasukan Sarawak FA.

TFC II pada perlawanan lepas dilihat masih belum cukup panas dan pasukan Sabah FA dilihat lebih bersedia pada perlawanan pertama tersebut. TFC II pada malam ini dijangka akan menurukan skuad terbaik diketuai Hasbullah Awang di bahagian pertahanan dan Bruno Suzuki dan Akanni Sunday di bahagian serangan. Skuad TFC II menumpukan untuk mendapatkan kemenangan dan mendapatkan 3 mata pada malam ini bagi memastikan momentum dan mental pemain kembali meningkat untuk menjadikan pasukan ini sebagai pasukan pencabar utama di Liga Perdana 2018.

Comments (1)

  1. Hi there, just became aware of your blog through Google, and
    found that it’s really informative. I am gonna watch out for brussels.

    I’ll be grateful if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing.

    Cheers!

Leave a Reply