TERENGGANU FC BERKONGSI MATA PADA PERLAWANAN PEMBUKAAN UNIFI LIGA SUPER 2018

Pasukan Terengganu FC (TFC) sekadar berkongsi satu mata setelah kedudukkan terikat 2-2 pada aksi pembuka tirai saingan Liga Super bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Beraksi di gelanggang sendiri, skuad kendalian Irfan Bakti ABu Salim memperagakan corak permainan penuh berdisplin dan hampir membuka jaringan menerusi dua percubaan cantik pemain import, Lee Andrew Tuck pada minit ke empat dan kelapan.

PKNS FC yang menurunkan kesebelasan terbaiknya dilihat mampu menangkis deretan serangan kem tuan rumah dan keghairahan pelawat mengekang asakan akhirnya mengundang padah apabila TFC dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-34.

Kapten pasukan, Tchetche Kipre tidak mempersia-siakan peluang keemasan itu apabila berjaya meledakan gol pembukaan TFC dua minit selepas itu (minit 36) untuk berada di depan.

Jaringan pendahuluan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Mohammad Qayyum Marjoni Sabil berjaya menjaringkan gol penyamaan buat PKNS pada minit ke-39 menjadikan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua skuad kendalian, Datuk Raja Gopal dilihat memperkemaskan rentak permainan dan berjaya melepasi perangkap offside dilakukan benteng pertahanan TFC, sebelum Rafeal Ramazotti De Quadros meledakkan gol kedua PKNS pada minit 68.

Lima selepas itu, Tchetche Kipre berjaya menceriakan hampir 7,000 penyokong skuad Penyu apabila bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73 menerusi percubaan leret dari luar kotak penalti dan keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Comments (1)

  1. PubMed 15001191 priligy dapoxetine buy Methods and Materials The clinical properties and the results of the medical and surgical treatment of the 12 patients with IIH were evaluated

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor