LIHAT JERSI TERENGGANU FC DENGAN LEBIH DEKAT
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐅𝐂 𝐇𝐎𝐌𝐄 𝐉𝐄𝐑𝐒𝐄𝐘 ( 𝐀𝐔𝐓𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐂 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 )
Jersi utama pasukan ini pada tahun ini menampilkan warna tradisi pasukan ini iaitu putih dan hitam sebagai warna asas dan ditambah dengan kekemasan warna emas untuk reka bentuk yang lebih premium. Ibaratkan sebuah kanvas putih yang diserikan dengan motif seni yang sangat sinonim dengan negeri Terengganu, jersi keluaran ALX ini sememangnya menjadi salah satu produk aestatik yang wajib dimiliki oleh penyokong dan peminat bola sepak.
Jersi ini dreka dengan fabrik dan teknik jahitan yang memberikan hasil jersi ringan, boleh diregangkan dan tahan lasak. Panel sisi jersi direka khas untuk menggalakkan aliran keluar masuk udara secara tidak langsung dapat membantu mengawal suhu badan si pemakai.
𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐅𝐂 𝐀𝐖𝐀𝐘 𝐉𝐄𝐑𝐒𝐄𝐘 ( 𝐀𝐔𝐓𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐂 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 )
Jersi kedua pasukan Terengganu FC menampilkan warna kegemaran ramai iaitu warna hitam sebagai warna asas seterusnya dipanaskan dengan warna Fluorescent Orange memberikan aura tenaga berbeza pada jersi kedua pasukan ini. Jika dilihat pada fabrik terdapat motif tulisan grafiti yang melambangkan generasi baru yang giat bersama kelab ini tidak kira dalam memberikan sokongan dan juga membantu memperkukuhkan lagi kelab ini. Segala bentuk tulisan yang terdapat pada jersi adalah melambangkan perkara yang berkaitan dengan Terengganu FC.
Sepertimana jersi utama, jersi ini dreka dengan fabrik dan teknik jahitan yang memberikan hasil jersi ringan, boleh diregangkan dan tahan lasak. Semestinya jersi ini bakal menjadi ‘Barang Wajib Dimiliki’ oleh peminat dan penyokong bola sepak dalam dan luar negeri Terengganu.