News
MOHD SABRI ABAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD
Kami dari seluruh keluarga besar Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah buat Encik Mohd Sabri Bin Abas atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) yang baharu. Keputusan pelantikan telah dibuat secara rasmi dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFCSB kali ke-3 tahun 2023 pada petang semalam yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ustaz Hishamuddin Bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Encik Mohd Sabri Abas sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi di TFCSB dan antara individu yang banyak menyumbang dalam perkembangan kelab ini sejak berkhidmat bermula pada tahun 2020. Dengan mengambil kira dari pelbagai aspek pengurusan khususnya, Ahli Lembaga Pengarah TFCSB melihatkan kredibiliti serta pengalaman yang dimiliki oleh beliau menjadikannya sebagai calon terbaik untuk menjadi peneraju TFCSB yang baharu.
Keluarga besar Terengganu Football Club sekali lagi ingin mengucapkan tahniah serta selamat bertugas buat Encik Mohd Sabri Abas!