Ulasan Perlawanan Terengganu FC vs Selangor FC
Separuh akhir kedua TM Piala Malaysia di antara Pasukan Terengganu FC bertemu Selangor FC yang berlangsung di Stadium SMZA dimana pasukan pelawat mempunyai keselesaan 3 jaringan sebelum ini yang bermain di Stadium MBPJ.
Pertembungan pada malam ini menunjukkan pasukan tuan rumah cuba untuk mengatur perlawanan bagi mencari jaringan awal dan mengejar jaringan yang dimiliki oleh pasukan pelawat. Percaturan buat pasukan tuan rumah menjadi pada minit ke-35 apabila Faisal Halim membawa ke tengah dan disudahi oleh Kipre Tcheche. Pasukan tuan terus mencuba untuk separuh masa pertama untuk menambahkan jaringan namum buntu separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif dan Arif Fadzilah sekaligus mengeluarkan Alif Zakaria dan Faiz Nasir. Peluang terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke 65 apabila rembatan kencang Arif Fadzilah tersasar di tepi gol. Pasukan tuan rumah terpaksa akur sehingga wisel penamat dengan kekalahan aggregat 3-2 dan menjadikan pasukan Selangor FC layak untuk aksi akhir TM Piala Malaysia 2022.
Comments (1)
Dang k’y Binance
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article. https://www.binance.com/cs/join?ref=S5H7X3LP