Rumusan Perlawanan Akhir Piala FA

Pentas Final Piala FA Malaysia 2022 semestinya pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila kedua-dua pasukan ini bakal merebut kejuaraan pada tahun ini.

Sepak mula menunjukkan pasukan JDT mempunyai peluang pada minit ke 10 apabila rembatan Arif Aiman terkena tiang dan menafikan peluang tersebut. Peluang terhidang buat pasukan Terengganu FC apabila larian solo kipre Tchehce dinafikan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Seterusnya perancangan pasukan JDT berhasil apabila jaringan gol buat pasukan JDT dengan rembatan Arif Aiman sekaligus menewaskan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli pada minit ke-34 dan memberi jaringan 1-0 untuk pasukan JDT.

Pasukan Terengganu FC terus berusaha untuk mencari gol penyamaan pada separuh masa pertama namum buntu dengan jaringan 1-0.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif dan mengeluarkan Faiz Nasir. Pada minit ke-53 pasukan JDT juga membuat pertukaran dengan membawa masuk Nazmi Faiz dan mengeluarkan Afiq Fazail selepas mengalami kecederaan.

Pasukan JDT terus memberi penekanan kepada pasukan Terengganu FC apabila pasukan JDT mendapat sepakan penalti dan disudahi oleh Bergson Da Silva sekaligus menjadi jaringan 2-0 pada minit ke 60.

Seterusnya pada minit ke 75 percaturan pasukan Terengganu FC menjadi apabila Kipre Tcheche berjaya membolosi penjaga gol JDT dan menjadi jaringan 2-1. Selang dua minit berlalu pasukan JDT terus mendapat peluang yang ketiga apabila kesilapan Rahadiazli berjaya membuat Bergon Da Silva Hatrik untuk jaringan ketiga dan kemenangan buat pasukan JDT bagi aksi akhir Piala FA Malaysia 2022

Comments (2)

  1. StephenAmuby

    buying prescription drugs in mexico online: mexican pharmacy – mexico pharmacy

  2. Donaldnom

    medicine in mexico pharmacies
    https://cmqpharma.com/# purple pharmacy mexico price list
    mexico pharmacies prescription drugs

Leave a Reply