Rumusan Perlawanan : Terengganu FC vs Melaka United

Pertembungan aksi Liga Super Malaysia 2022 menyaksikan pasukan Terengganu FC bertemu pasukan Melaka United FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dimana memperlihatkan kedua-dua pasukan mencari mata awal bagi bagi saingan ini. Pada minit ke-16 pasukan tuan rumah mendahului jaringan apabila hantaran cantik Faisal Halim mudah bagi Kpah Sherman untuk menanduk masuk sekaligus menewaskan penjaga gol Melaka United FC, Tian Keat See dengan jaringan 1-0.

Pasukan Melaka United FC cuba mengorak langkah untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama namum buntu dengan tanpa jaringan. Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC terpaksa membuat satu pertukaran apabila penjaga gol Rahadiazli mengalami kecederaan serius selepas bertembung dengan penyerang Melaka United FC dan sekaligus memberi ruang kepada penjaga gol Suhaimi Husin.

Seterusnya pada minit ke-60 Terengganu FC membuat pertukaran yang kedua dengan membawa masuk Nik Sharif dan menggantikan Faiz Nasir. Dengan kehadiran Nik Sharif berhasil apabila sekali lagi peluang terhidang bagi pasukan tuan rumah apabila Faisal Halim membawa bola ke tengah dan disudahi oleh Nik Sharif dengan jaringan 2-0.

Pasukan tuan rumah terus memberi tekanan kepada pasukan pelawat apabila hantaran satu dua Manuel Ott kepada Kipre Tcheche membuahkan hasil sekaligus menjadikan jaringan 3-0 buat pasukan Terengganu FC.

Pasukan Terengganu FC terus selesa ke hadapan apabila hantaran Faisal Halim kepada Kipre Tcheche menjadi dan memberi jaringan kedua buat pemain import, Kipre Tcheche menjadikan jaringan 4-0.

Pasukan Terengganu FC membuat tiga pertukaran dengan membawa masuk Azalinullah, Adib Zainuddin dan Arif Fadzillah dengan mengeluarkan pemain import Kpah Sherman, Sharunizam dan Alif Zakaria.

Pada minit ke-81 pasukan Terengganu FC terus menundukkan pasukan Melaka United FC dengan jaringan hatrik oleh Kipre Tcheche sekaligus menjadikan pasukan tuan rumah selesa dengan kemenangan dan jaringan 5-0 di SSMZA.

Comments (2)

  1. Williamfew

    cheapest online pharmacy india http://indiaph24.store/# best online pharmacy india
    india online pharmacy

  2. Anonymous

    Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply