Rumusan Perlawanan Liga Super: Selangor FC vs Terengganu FC
Sepak mula perlawanan Liga Super Malaysia 2022 yang pastinya pasukan Terengganu FC menentang pasukan Selangor FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya apabila menunjukkan pasukan tuan rumah mempunyai peluang keemasan pada minit ke-4 apabila kesilapan daripada Pape Diakite yang dilakukan namum tersasar terkena tiang. Selang 1 minit kembali pada pasukan Terengganu FC apabila larian deras oleh Faisal Halim diselamatkan oleh penjaga gol Selangor FC.
Peluang terhidang bagi pasukan Terengganu FC pada minit ke-13 apabila percubaan jarak jauh oleh Habib Haroon berjaya dihasilkan dengan memberikan jaringan 1-0 antara jaringan pembukaan buat pasukan pelawat. Namum sekali lagi Faisal Halim menjadi duri dalam daging buat pasukan Selangor FC apabila dengan larian oleh beliau cukup baik dan hantar ke tengah berjaya mendapatkan Manuel Ott untuk memberikan jaringan yang kedua buat Pasukan Terengganu FC pada minit ke-38.
Pasukan tuan rumah terus mengasak Terengganu FC dan melakukan melakukan serangan namum kejurangan klinikal oleh pasukan Selangor FC dan tamat separuh masa pertama pada jaringan Terengganu 2-0 Selangor.
Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan rumah membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Fazly Mazlan dan Hein Htet Aung oleh pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil bagi mengukuhkan lagi skuad pertahanan Selangor FC. Seterusnya pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Zulasyraf dan mengantikan Azalinullah. Pada minit ke-63 pasukan Terengganu FC sekali lagi membuat dua pertukaran dengan merehatkan Kpah Sherman dan Faisal Halim sekaligus memasukan Engku Syakir dan Arif Anwar.
Satu peluang bagi Selangor FC apabila hantaran satu sama satu tidak berjaya apabila tindakan penjaga gol Suhaimi Husin bijak menutup ruang bagi menjaringkan gol pertama. Untuk baki 10 minit akhir ini pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran lagi dengan membawa masuk Hakimi Abdullah dan Nazarul Nazarith Namum 4 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan memberi kemenangan buat pasukan Terengganu FC dengan jaringan 2-0 di Stadium MBPJ.