KPAH SHERMAN MEMBUAT PENAMPILAN PENUH 90 MINIT BERSAMA SKUAD LIBERIA

Dalam aksi kelayakan African Cup Of Nation tadi, pasukan kebangsaan Liberia terpaksa tunduk kepada pasukan Morocco dengan dua jaringan tanpa balas. Penyerang pasukan Terengganu FC, Kpah Sherman semalam beraksi penuh bersama skuad kebangsaannya yang dikendalikan oleh ketua jurulatih yang tidak asing lagi, Peter Butler iaitu bekas pengendali pasukan Terengganu dahulu.

Skuad Morocco yang sememangnya dibarisi bintang-bintang yang beraksi di pentas eropah dilihat mendominasi perlawanan menyukarkan skuad Liberia untuk merangka serangan yang baik. Morocco berada dihadapan melalui sepakan penalti oleh pemain Faycal Fajr pada minit ke-56 dan Youssef En-Nesyri pada minit ke-57.

Kpah dijangka akan tiba di Terengganu pada 16 Jun ini, bagi bersama pasukan dalam persediaan menentang pasukan Kuala Lumpur City FC bagi aksi Liga Super Malaysia yang bakal bersambung pada 18 Jun iaitu Sabtu ini.

Kpah mengetuai bahagian serangan skuad Liberia

Leave a Reply