ULASAN: TERENGGANU FC vs Selangor FC

Perlawanan Terengganu FC menentang Selangor FC pada malam ini buat pertama kali bagi Pasukan Terengganu FC yang bermain dihalaman sendiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, selepas bermain 3 perlawanan di tempat pihak lawan.

Terengganu FC melakukan dua pertukaran import apabila Ketua Pasukan Petrus mengalami kecederaan dan Kpah Sherman digantung perlawanan selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang Sarawak United FC.

Separuh masa pertama Terengganu FC mendahului perlawanan apabila hantaran Kipre kepada Faisal Halim menjadi apabila Faisal Halim menjaringkan gol pertama buat Pasukan Terengganu FC pada minit 20’

Namum pada minit 39’ Terengganu FC terkpasa membuat pertukaran pemain, Faisal Halim akibat mengalami kecederaan dan mengantikan Engku Shakir. 3 Minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan memberi Terengganu FC terus ke hadapan dengan jaringan 1-0.

Memasuki separuh masa kedua peluang keemasan diberi oleh pengadil perlawanan dengan menghadiahkan sepakan penalti oleh Pasukan Terengganu FC apabila syafik ismail dikasari kedalam kotak penalti dan disudahi oleh Kipre dengan jaringan 2-0.

Pada minit ke 72’ Selangor FC membuat pertukaran dengan membawa masuk Nik Muhammad Syarif dan bagi Pasukan Terengganu FC mengeluarkan Syafik Ismail dan membawa masuk Hakimi Abdullah.

4 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil memberi kemenangan buat pasukan Terengganu FC di halaman sendiri dengan jaringan 2-0.

Leave a Reply