ULASAN: Sarawak United vs TERENGGANU FC

Terengganu FC vs Sarawak united FC

Pada malam ini menyaksikan pasukan Terengganu FC menentang Sarawak United FC yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, Kuching merupakan perlawanan yang ketiga dimana Terengganu FC kurang 2 perlawanan untuk Liga Super 2022.

Terengganu FC menurunkan buat pertama kali pemain import Pape Diakite menguatkan lagi jentera pertahanan untuk perlawanan pada malam ini.

Pada minit ke 7’ satu hantaran cantik ke depan oleh Petrus Shitembi memberi peluang kepada Kpah Sherman dengan menjaringkan gol mudah bagi Pasukan Terengganu FC.

Walaubagaimanpun Terengganu FC terpaksa membuat pertuksran awal apabila Ketua Pasukan, Petrus Shitembi mengalami kecederaan dan sekaligus melakukan
pertukaran dengan Zulasyraff pada minit ke 27’.

15 minit baki perlawanan untuk separuh masa pertama satu perkara tidak diingini berlaku apabila Penyerang Terengganu FC, Kpah Sherman dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari Pemain Sarawak United FC, Gonzaloz. Pasukan Terengganu FC bermain 10 orang masih lagi mendahului perlawanan dengan jaringan 1-0 pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua Terengganu FC melakukan dua pertukaran dengan membawa masuk Engku Syakir dan Hairiey Hakim dan mengeluarkan Syafik ismail dan Arif fadzillah.
Dengan ketiadaan penyerang, Kpah Sherman sedikit merencatkan perlawanan bagi Pasukan Terengganu FC. Namum peluang keemasan tercipta apabila gerakan solo daripada Zulasyraff sekaligus menewaskan Sharbinee penjaga gol Sarawak United Sarawak FC dengan jaringan 2-0 di Stadium Negeri Sarawak memberi 3 mata penuh buat Pasukan Terengganu FC

Leave a Reply