MANUEL OTT PELENGKAP IMPORT TERENGGANU FC BAGI MUSIM 2022

Pemain import dari Filipina, Manuel Gelito Ott adalah pelengkap bagi kesemua import skuad Terengganu FC pada musim 2022 setelah beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak selama satu tahun.

Manuel Ott, sebelum ini beraksi dalam hampir ke semua perlawanan bersama skuad Hang Tuah musim 2021 dan berjaya memainkan peranan penting sehingga membawa pasukan Melaka United ke separuh akhir Piala Malaysia 2021. Beliau akan mengisi kuota pemain Asean yang ditinggalkan Carli De Murga dalam pasukan Terengganu FC pada musim 2022. Secara ringkas beliau menyatakan, akan terus memberi komitmen yang penuh bersama pasukan baru ini pada musim hadapan dan bersedia untuk cepat menyesuaikan diri dalam pasukan yang diketuai oleh Nafuzi Zain.

Menurut beliau lagi, corak permainan yang diterapkan oleh Nafuzi Zain sejak beberapa musim lalu telah menarik minatnya untuk bersama pasukan Terengganu FC dan gembira untuk berhijrah ke sini setelah mendapat tawaran sekaligus memberi semangat luar biasa lebih-lebih lagi apabila beliau sedia maklum akan bergandingan dengan barisan import berkualiti yang dimiliki Terengganu FC pada musim ini.

Pemain tengah berusia 29 tahun ini yang pernah beraksi bersama kelab Ratchaburi dalam Liga Thailand dan merupakan pemain kebangsaan Filipina akan menyarung jersi bernombor 8 bersama pasukan Terengganu FC pada musim ini.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor