UMBRO PENAJA KIT RASMI TERENGGANU FC DENGAN NILAI TAJAAN RM1.8 JUTA BAGI MUSIM 2022 & 2023

Terengganu Football Club (TFC) harini bersama jenama UMBRO melalui Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah menandatangani kontrak sebagai penaja rasmi kit pasukan TFC bagi musim 2022 dan 2023. Majlis tandatangani kontrak ini telah dilangsungkan di Pejabat Terengganu Football Club Sdn Bhd.

Umbro kini secara rasmi bakal menjadi penaja rasmi dalam pembekalan kit dengan nilai tajaan berjumlah RM1.8 Juta untuk tempoh 2 tahun sepertimana perjanjian. Majlis ini dihadiri oleh wakil pihak UMBRO & Al-Ikhsan Sports, ketua jurulatih dan pemain TFC dan juga rakan media.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Encik Ab Rasid Jusoh menyatakan kerjasama bersama jenama Umbro ini dilihat mampu mengangkat nilai komersial kelab kearah yang lebih tinggi memandangkan jenama Umbro ini sepertimana yang diketahui ramai adalah jenama antarabangsa yang berasal dari United Kingdom, dan imej kelab TFC ini sendiri boleh dipasarkan ke luar Malaysia melalui kerjasama seperti ini. Beliau menambah, melihatkan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd adalah pemegang lesen Umbro di Malaysia menambahkan lagi keyakinan buat pengurusan ini kerana TFC sebelum ini telah bekerjasama bersama pihak Al-Ikhsan dengan menggunakan jenama Active Lifestyle (AL) bermula tahu 2019 sehingga 2021 dan dilihatkan kerjasama ini terjalin dengan sangat baik.

Pengurus Produk Umbro & Al-Ikhsan, Encik Khairul Asyraf Ahmad dalam ucapannya menyatakan beliau rasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak TFC kerana baginya kerjasama ini boleh bergerak lebih jauh melihatkan pada kualiti yang ada ppada pasukan dan pengurusan kelab, cara kelab ini memasarkan pasukan dan semestinya kelab ini salah sebuah kelab di Malaysia yang mempunyai ‘fanbase’ yang besar dan beliau juga salah seorang yang  sering mengikuti perkembangan pasukan ini.

Dalam sidang media yang diadakan pada akhir majlis, Pengurus Jenama Al-Ikhsan Sports, Encik Anwar Mamtaj menyatakan ini adalah penajaan UMBRO kepada TFC bagi musim ini adalah nilaian terbesar jenama ini pernah tawarkan kepada kelab di Malaysia pada ketika ini. Oleh itu, beliau sangat yakin bahawa TFC bakal berpuas hati terutama pada kualiti barangan yang akan dibekalkan dan juga bagi jualan kepada peminat.

Untuk rekod pada ketika ini TFC adalah satu-satunya kelab di Malaysia yang menerima tajaan dari jenama Umbro bagi musim 2022.

Sesi sidang media bersama wakil TFC dan juga UMBRO

 

Kontrak penajaan Umbro X Terengganu FC 2022 & 2023

 

Ucapan dari wakil UMBRO, Encik Khairul Asyraf Ahmad

 

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd, Encik Ab Rasid Jusoh