KERJASAMA YAKULT DAN TFC BAKAL PAMER PEMBAHARUAN BUAT PASUKAN TERENGGANU

En Abdul Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd menyifatkan kerjasama dengan Yakult adalah satu permulaan yang baik untuk musim ini. Ianya juga satu petanda baik untuk kerjasama jangka masa panjang dalam pembangunan akar umbi bola sepak di Negeri Terengganu.
“Kerjasama dengan pihak Yakult Malaysia hari ini adalah satu permulaan yang baik bagi TFC bagi menghadapi saingan liga musim ini. Selain dari itu, ianya akan dapat membawa faedah yang besar kepada pembangunan bola sepak akar umbi di Terengganu ini melalui program-program yang akan di laksanakan bersama nanti. Pihak TFC sangat menghargai usaha ini dan berterima kasih kepada pihak Yakult atas sokongan ini”.

Beliau menambah jika dilihatkan mana-mana pasukan di luar negara, kerjasama strategik seperti ini sering diamalkan terutama melibatkan penaja dari negara berbeza dalam langkah awal untuk memastikan kita berjaya membuka peluang buat pemain-pemain kita untuk cuba berhijrah keluar negara dan mendapatkan pendedahan di liga atau pasukan disana.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada menyatakan beliau melihatkan pasukan TFC mempunyai potensi besar terutama apabila beliau melihatkan Terengganu dibanjiri pemain-pemain muda berbakat. Beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa pemain muda Terengganu untuk menyertai mana-mana kelab di Jepun pada masa-masa akan datang bergantung atas kerjasama yang dijalankan bersama TFC. Ianya sesuatu yang positif diberikan oleh TFC buat Yakult dan semestinya Yakult ingin memberikan yang terbaik untuk membuktikan falsafah korporat Yakult iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia dapat dijayakan disini.