KOPI SUPERJANTAN TANDATANGANI KONTRAK TAJAAN TFC MUSIM 2020

Syarikat GLE Centre Enterprise iaitu syarikat pengeluar produk Kopi Superjantan terus setia dalam menjadi salah sebuah entiti yang ingin menyumbang buat pasukan Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2020. Pengarah urusannya, Encik Mohd Zulkifli Harun menyatakan syarikatnya sememangnya akan sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan TFC dan akan sentiasa memastikan mereka menjadi antara entiti yang utama dalam menyumbang penajaan buat pasukan dari negeri Terengganu ini.

Pasukan TFC telah memulakan kerjasama bersama Kopi Superjantan sejak tahun 2018 dan syarikat ini sendiri juga telah mula menyumbang sebagai penaja kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu sejak tahun 2012 lagi. Ternyata kerjasama yang dijalankan sebelum ini telah terbukti memberikan keuntungan buat kedua-dua belah pihak dimana ianya dilihat sebagai satu kerjasama yang sangat positif dalam usaha untuk memajukan lagi bola sepak dalam negeri ini.

Bagi yang masih belum mengenali produk Kopi Superjantan ini, syarikat ini berpusat di No 156 Batu 8 3/4 Jalan Kuala Berang Bukit Payung,21300 Marang, Terengganu. Penyokong dan peminat yang ingin mencuba dan membeli produk Kopi Superjantan dan pelbagai produk keluaran syarikat GLE Centre Enterprise ini boleh terus ke kedai mereka atau boleh dapatkan produk mereka di seluruh cawangan Treleaf di Terengganu.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja GLE Centre Enterprise (Kopi Superjantan)

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja GLE Centre Enterprise (Kopi Superjantan)

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak penaja GLE Centre Enterprise (Kopi Superjantan)

Comments (2)

  1. FloydSlino

    mexico drug stores pharmacies: Mexican Pharmacy Online – mexico pharmacies prescription drugs

  2. Williamfew

    india pharmacy mail order https://indiaph24.store/# buy medicines online in india
    india online pharmacy

Leave a Reply

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot