MAJLIS SOLAT HAJAT BUAT PASUKAN TERENGGANU FC III

MAJLIS SOLAT HAJAT BUAT PASUKAN TERENGGANU FC III

Sebentar tadi telah diadakan solat maghrib berjamaah dan majlis solat hajat bagi pasukan Terengganu FC III iaitu pasukan yang akan bersaing di Piala Presiden 2018. Majlis solat hajat ini diadakan di bilik rehat pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak yang juga merupakan venue utama perlawanan Piala Presiden.

Majlis solat hajat ini dihadiri sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Encik Mazuki Bin Sulong,  pegawai pasukan dan pemain Terengganu FC III. Turut hadir sama adalah Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Encik Mohd Syahrizan Bin Mohd Zain

Saingan Piala Presiden akan mula membuka tirai pada 22 Febuari ini. Pada perlawanan pertama ini, Terengganu FC III akan melayani kehadiran skuad Sarawak FA dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.