
FINAL PIALA Y.A.B MENTERI BESAR TERENGGANU 2018
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Hari ini adalah merupakan hari bagi perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu bagi musim 2018! Tepat jam 8.45 malam ini, dua pasukan bakal berentap bagi merebut gelaran juara iaitu diantara pasukan Terengganu FC dan juga Terengganu FC II.
Kepada penyokong-penyokong jangan lupa untuk hadir ke stadium pada malam ini menyaksikan aksi “FINAL ADIK & ABANG” yang pastinya menyajikan persembahan permainan bola sepak yang terbaik dan amat mendebarkan peminat-peminat!
Jangan lupa temu janji kita pada malam ini! Jumpa di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah! Peteh Tranung Peteh!
——-
Makluman Perlawanan :
Terengganu FC vs Terengganu FC II
20 Jan 2018 (Hari Ini) | 8.45 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Tiket Berbumbung : RM10
Tiket Terbuka : RM5