SAIFUL ANTARA TONGGAK PASUKAN MALAYSIA U-23

Terengganu FC pada hari ini secara rasminya mengumumkn seorang lagi pemain dari Sri Pahang FC yang ditandatangani iaitu Mohammad Saiful Bin Jamaluddin.

Pemain muda berusia 23 tahun ini bakal beraksi di posisi tengah pasukan dan lebih berperanan sebagai Defensive Midfilder. Saiful juga adalah merupakan pemain kebangsaan B-23 tahun dan dilihat sebagai pemain yang mempunyai kualiti yang cukup baik. Saiful menandatangani kontrak untuk beraksi selama 1 musim bersama Terengganu FC iaitu musim 2025/2026.

Saiful akan menyarung jersi bernombor 33 dimana nombor yang dipakai oleh Akhyar Rashid pada musim lepas. Pemain ini akan turun menjalani latihan buat pertama kali bersama pasukan Terengganu FC bermula pada 1 Julai 2025. Selamat datang diucapkan dan semoga kehadiran Saiful dapat menambah kekuatan untuk pasukan Terengganu FC.