
KENALI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERENGGANU FC
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) hari ini mengumumkan pelantikan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa mulai 16 Ogos 2025. Pelantikan ini mencatatkan satu langkah signifikan buat kelab apabila Sheikh Farouk yang berpengalaman luas dalam dunia korporat, kini beralih ke arena bola sepak profesional untuk menerajui transformasi dan pembangunan strategik kelab.
Dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, pemasaran dan pengurusan strategik, termasuk jawatan kanan di syarikat-syarikat utama seperti Malaysian Employers Federation (MEF), AEON BiG dan Nestle, Sheikh Farouk akan membawa kepakaran dalam pengurusan organisasi berskala besar, perancangan jangka panjang, dan pembangunan perniagaan mampan buat kelab.
Sheikh Farouk yang juga peminat bola sepak tegar menjelaskan dia menerima cabaran ini kerana dasar terbuka yang diamalkan Ahli Lembaga Pengarah TFCSB yang mahu melihat perubahan positif berlaku dalam kelab.
“Peralihan daripada dunia korporat ke bola sepak profesional adalah satu cabaran baharu yang saya sambut dengan penuh semangat. Saya melihat potensi besar dalam Terengganu FC untuk berkembang sebagai kelab moden yang kompetitif, berdikari dari segi kewangan, dan dekat di hati komuniti penyokongnya. Saya juga melihat kekuatan sokongan dari penyokong-penyokong TFC menjadi salah satu sebab untuk saya mengambil cabaran menerajui kelab ini untuk membawa ke peringkat yang lebih tinggi secara professional,” jelasnya.
Pelantikan ini selaras dengan hala tuju baharu kelab yang kini memberi penekanan kepada pengurusan profesional, komersialisasi yang mampan, serta pengukuhan akar umbi dan pembangunan bakat tempatan.
BERIKUT ADALAH LATAR BELAKANG RINGKAS BERKENAAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TFCSB :
- KELAYAKAN PROFESIONAL
Chartered Institute of Management Accountants (IMA),UK
FCMA CGMA 2019
Arizona State University, USA
Bachelor of Science (Major in Finance) 1999
MARA Community College Kuantan, Malaysia
Amerian Associate Degree (AAD) 1997
PENDIDIKAN EKSEKUTIF
– National University of Singapore
– London Business School
– Melbourne Business School
- PENGALAMAN KERJAYA
Chief Executive Officer
Malaysian Employers Federation
Jan 2025 – Ogos 2025
Managing Director & Head of AEON BiG
AEON BiG (M) Sdn Bhd
Apr 2021- Sept 2024
Head Of Finance – Commercial Coontrol of Nestle Malaysia, Singapore and Brunei
Nestle Products Sdn Bhd
Mac 2020 – Apr 2021
Finance Project Manager – Zone AOA (Asia, Oceania & Sub Saharan Africa)
Nestle Switzerland
Apr 2019 – Feb 2020
Stretegic Business Unit Financial Controller – Ice Cream
Nestle Switzerland
Ogos 2016 – Mac 2019
Business Unit Financial Controller – Dairy
Nestle Product Sdn Bhd
Sep 2015 – Julai 2016
Business Unit Financial Controller – Ice Cream
Nestle Products Sdn Bhd
Okt 2014 – Ogos 2015
Business Unit Financial Controller – Ready To Drink
Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd
Jan 2012 – Sep 2013
Factory Financial Controller – Ice Cream
Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd
Jan 2011 – Dis 2011
Facilities Services Regional Lead
Nestle Business Sevices – Asia Oceania Africa, Philippines
Jan 201 – Dis 2010
Foreign Exchange & Risk Management Manager
Nestle Treasury Centre – Asia Pacific Singapore
Mac 2007 – Dis 2009
Cash Management Regional Advisor
Nestle Treasury Centre – Asia Pacific, Singapore
Mac 2005 – Dis 2007
Management Accounting Analyst
Nestle Malaysia Berhad
Feb 2004 – Julai 2005
New Talent Development Programme – Finance & Control
Nestle Malaysia Berhad
Apr 2003 – Jan 2004
Financial Accountant
Hong Leong Assurance Berhad
Apr 2002 – Mac 2003
Corporate Insurance Sales Executive
Hong Leong Assurance Berhad
Apr 2000 – Mac 2002
- PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN
Ahli Jawatankuasa Pemasaran & Penajaan
Malaysia Football Association (FAM)
April 2025- Kini
Penasihat
Malaysian Deaf Sports Association (MSDEAF)
Nov 2024 – Kini
Pengerusi
Impact Integrated (Ministry of Youth and Sports (KBS)
Mei 2023 – Kini
Ahli Jawatankuasa
Malaysia Employers Federation (MEF)
Sep 2022-Sep 2024