DARI KUALA LIPIS KE KUALA TERENGGANU

Terengganu FC secara rasmi mengumumkan Muhamad Baqiuddin Bin Shamsudin menjadi pemain pertama yang ditandatangani kelab bagi saingan musim baru. Baqiuddin bakal bersama Terengganu FC bagi tempoh 1 musim iaitu musim 2025/2026.

Terengganu FC melihatkan kehadiran Baqiuddin mampu memberikan pilihan untuk variasikan corak serangan pasukan memandangkan pemain ini adalah pemain yang beraksi di posisi sayap dan mempunyai kualiti dari segi kelincahan bersama bola serta seorang pemain yang memiliki kelajuan yang baik. Baqiuddin juga dilihat sebagai seorang yang mempunyai kelebihan dalam membantu bahagian pertahanan dan ianya adalah nilai tambah yang baik terutamanya apabila pasukan memerlukan pemain sayap yang banyak berada bersama barisan pertahanan dalam sesuatu perlawanan.

Baqiuddin bakal menyarung jersi berombor 77 dan pemain yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini bakal mula menjalani latihan bersama Terengganu FC pada 1 Julai 2025 bersama para pemain yang lain. Selamat datang diucapkan kepada Baqiuddin! Semoga kehadiran anda memberikan impak positif untuk Terengganu FC!