Terengganu FC dan ALX bakal melancarkan jersi terakhir musim 2024/2025 Jumaat ini
Jersi ke-2 Terengganu FC edisi ACC Shopee Cup 2024/2025 bakal dilancarkan pada 3 Januari 2025 dan akan mula dijual kepada orang ramai pada 4 Januari 2025. ‘Away Kit’ pasukan Terengganu ini adalah merupakan jersi terakhir yang akan dikeluarkan oleh pihak Al-Ikhsan Sports bersama Terengganu FC melalui jenama ALX pada musim ini.
Setiap kali jersi dilancarkan, para penyokong akan mula berteka teki bagaimanakah reka bentuk jersi tersebut dan apakah warna jersi yang akan dikeluarkan kali ini. Apa yang menarik berkenaan jersi kali ini, warna yang dikeluarkan adalah warna ‘kegemaran’ penyokong Terengganu dan iany penuh dengan unsur yang berkait rapat dengan negeri Terengganu.
Jersi ini akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Januari 2025 jam 9.00 malam di kesemua platform media sosial rasmi Terengganu FC.