JERSI KETIGA TERENGGANU FC BAKAL DILANCARKAN RABU INI

Terengganu FC melalui jenama ALX keluaran Al-Ikhsan Sports bakal melancarkan jersi ke-3 kelab pada 27 November 2024 ini (Rabu malam). Tayangan video jersi ini akan ditayangkan diseluruh media sosial rasmi milik Terengganu FC dan juga Al-Ikhsan Sports. Pelancaran secara fizikal pula akan diadakan di Al-Ikhsan Sports Warehouse, KTCC Mall pada 28 November 2024 (Khamis).

Apa yang menarik berkenaan jersi ke-3 kelab ini adalah melihatkan ianya hadir dengan satu kempen serta elemen yang menyentuh tentang kesedaran masyarakat berkenaan tanggungjawab memelihara kebersihan alam yang merujuk kepada pantai dan laut yang sinonim dengan negeri Terengganu. Dalam menjayakan kempen ini, Terengganu FC dan juga Al-Ikhsan Sports turut mendapat kerjasama dari salah satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Terengganu iaitu Geng Plastik Ija (GPI).

Jersi ini akan terus dijual kepada seluruh penyokong bermula Khamis. Jersi ini akan dijual dengan harga RM149.00 sama sepertimana jersi pertama dan kedua Teregganu FC musim ini. Apa yang pasti, rekabentuk jersi ini boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dikeluarkan oleh ALX dan semestinya ianya menjadi jersi yang wajib dimiliki oleh para penyokong Terengganu FC.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor