Ulasan Perlawanan Johor Darul Ta’zim Melawan Terengganu FC
Liga Super Malaysia 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Darul Ta’zim selaku tuan rumah bagi aksi pada malam ini yang semestinya menentang pasukan Terengganu FC. Ketua Jurulatih Tomislav Steinbrückner memberi kepercayaan kepada dua pemain pertahanan Ubaidillah dan penampilan pertama pemain import, Steenvoorden bagi aksi Liga Super Malaysia selepas mengalami kecederaan sebelum ini. Manakala Hakim Hasan juga menjadi tonggak utama bagi membantu skuad utama perlawanan malam ini selepas Duo Safawi dan Akhyar tidak dapat diturunkan.
Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan tuan rumah lebih aggresif bagi mendapatkan jaringan awal selepas tekanan yang diberi oleh pasukan tuan rumah memberi peluang untuk jaringan pertama pada minit ke-6 oleh pemain import Heberty Fernandes. Seterusnya pasukan Terengganu FC terus dihukum oleh pengadil perlawanan selepas pertahanan Ubaidillah dilayangkan Kad merah dan juga sepakan penalti yang disudahi oleh Bergson Da Silva pada minit ke 31. Pasukan Terengganu FC membuat perubahan taktikal dengan mengeluarkan Hakim Hasan dan menggantikan Akram Mahinan dan terpaksa bermain sepuluh orang. Seterusnya Terengganu FC terpaksa membuat satu lagi pertukaran dengan membawa masuk Chukwu Nnabuike selepas Ismaheel Akinade mengalami kecederaan dan tamat untuk separuh masa pertama dengan jaringan Johor Darul Ta’zim (2) (0) Terengganu FC.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC cuba berusaha untuk mencari ruang dan berada di posisi bertahan namum tidak berjaya apabila tandukan dan jaringan kedua oleh Bergson Da Silva berjaya memberi jaringan ketiga buat pasukan tuan rumah pada minit ke 63. Pasukan Terengganu FC telah membuat pertukaran akhir dengan membawa masuk dua pemain Engku Shakir, Nik Sharif dan mengeluarkan Manuel Ott, Marin Pilj. Empat minit masa tambahan yang diberi oleh pengadil perlawanan telah memberi satu peluang hatrik buat Bergson Da silva dan tamat perlawanan dimana pasukan Terengganu FC terpaksa akur dengan keputusan di Stadium Sultan Ismail bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2024 dengan jaringan Johor Darul Ta’zim (4) (0) Terengganu FC.