XFOX PENAJA UTAMA TERENGGANU FC BAGI SAINGAN ACC SHOPEE CUP 2024/2025

Terengganu Football Club Sdn Bhd pada hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Penajaan Musim 2024/2025 bersama syarikat XFOX MARKET HOLDINGS Sdn Bhd. Majlis ini diadakan di Pejabat Pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada 09 June 2024 jam 3.00 Petang. Majlis dihadiri Yang Berhormat Ustaz Haji Hishamuddin Abdul karim (Pengerusi Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd, Merangkap Pengerusi JK. Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu), Yang berhormat Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli (Timbalan Pengerusi JK. Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu), Ybhg Datuk Marzuki bin Sulong (Timbalan Presiden persatuan Bolasepak Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TFCSB), Ybhg Che Wan Abu Bakar (Ahli lembaga Pengarah TFCSB) Ybhg Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun (Ahli lembaga Pengarah TFCSB) Ybhg Encik Wan Mohd Firdaus bin Wan Sembak (Ahli lembaga Pengarah TFCSB), Encik Mohd Sabri bin Abas, (Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club) Encik Mohd Syahrizan bin Mohd Zain, (Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club) Encik Zul Fadli bin Rozi (Pengarah Sukan TFCSB) Dato’ Suraya binti Semaru, (Ketua Pegawai Eksekutif XFOX Market Holdings Sdn Bhd) dan Dato’ Suhaila binti Semaru (Ketua Pegawai Operasi XFOX Market Holdings Sdn Bhd. Manakala majlis Perasmian ini juga dihadiri dengan Pemain-Pemain Utama bagi Pasukan Terengganu Football Club.

Pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn dan Syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd telah bersetuju untuk Menandatangani Memorandum Persefahaman Penajaan Musim ini bagi ‘Platinum Sponsor’ untuk Asean Championship Club Shopee Cup 2024/2025 dan pihak syarikat bersetuju untuk menaja TFCSB secara tunai sebanyak RM1,500,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Ribu) selama tempoh kejohanan itu dilangsungkan. Pihak TFCSB juga bersetuju bagi meletakkan logo syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd pada jersi rasmi Terengganu FC bagi kejohanan ACC Shoppe Cup 2024/2025.

XFOX Market Holdings Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat yang berteraskan perkongsian keuntungan bersama perniagaan dan mempunyai beberapa cabang perniagaan lain seperti XFOX Steamboat & Grill, XFOX Sports Arena, XFOX Jewels, XFOX Frozen, XFOX Constuction, XFOX Wellness, XFOX Warehouse, XFOX Coffee dan lain-lain. Syarikat ini juga mampu dan yakin bahawa produk yang diperolehi di dalam perniagaan dapat memberi serba sedikit bantuan tambah nilai kepada kelab Terengganu FC secara keseluruhannya. Dengan kewujudan XFOX Sport Arena yang mempunyai padang-padang latihan yang berprestasi tinggi di Subang Bestari ia dapat menyumbang kualiti latihan kepada pasukan utama Terengganu FC.

Pihak syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd yakin akan juga mempunyai perancangan bagi menembusi pasaran global bersama Terengganu FC. Seterusnya yakin dengan kerjasama erat bersama TFCSB mampu menjadikan jenama XFOX & TFCSB meningkat dalam konteks perkembangan perniagaan dan sukan.

*Sekitar foto di majlis penajaan XFOX dan Terengganu Football Club