Ulasan Perlawanan Penang FC Melawan Terengganu FC
Pertembungan Liga Super Malaysia 2024/2025 di antara pasukan Penang FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada malam ini antara perlawanan kedua bagi aksi Liga Super Malaysia dan kembalinya pemain seperti Akhyar Rashid untuk perlawanan malam ini memberi keyakinan kepada skuad utama Terengganu FC selepas Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbrückner mengekalkan 10 pemain dan menukarkan seorang pemain sayap Akhyar Rashid bagi persediaan untuk berhadapan dengan pasukan Penang FC.
Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan tuan rumah memberi tekanan awal kepada pasukan Terengganu FC dan mempunyai peluang namum tandukkan pemain import Penang FC tersasar jauh. Pasukan Terengganu FC cuba mencari peluang dan gol keselesaan untuk separuh masa pertama tidak berjaya selepas rembatan Marin Pilj dinafikan oleh tiang gol dan keluar.
Sekali lagi pasukan Terengganu FC diberi peluang dengan sepakan percuma daripada Safawi Rasid ditepis oleh penjaga gol tuan rumah dan memberi jaringan pertama buat pasukan Terengganu FC. Namun peluang itu terpaksa dinafikan oleh pembantu pengadil perlawanan kerana memberi keputusan offside bagi gol yang dihasilkan oleh Manny Ott dan tamat separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua, pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Syahmi Zamri dan Chukwu Nnabuike bagi menggantikan Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade. Pasukan tuan rumah cuba memberi tekanan kepada pasukan pelawat apabila mempunyai beberapa peluang dan dibafikan oleh pertahanan Terengganu FC. Seterusnya Pasukan Terengganu FC membuat dua lagi pertukaran dengan membawa masuk Engku Shakir dan Hakim Hassan untuk menggantikan Faris Rifqi dan Manny Ott. Kedua-dua pasukan berusaha bagi mendapatkan jaringan dan tidak berjaya untuk separuh masa kedua dan sekaligus memberi untuk kedua pasukan seri dengan jaringan Penang FC (0) (0) Terengganu FC bagi aksi Liga Malaysia 2024/2025.