Matthew Steenvorden Perkuatkan benteng pertahanan pasukan Terengganu FC

Pemain Pertahanan, Matthew Rudolf Maria Steenvoorden secara rasmi akan mengisi kuota bebas pemain import pasukan Terengganu FC. Pemain ini menjadi pilihan utama pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner untuk ditempatkan di benteng pertahanan terakhir pasukan ini bagi persiapan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Pemain berumur 31 tahun ini berasal dari Leidschendam, Belanda. Beliau yang berketinggian 1.88 ini pernah beraksi bersama pasukan Pakhtakor Tashkent di liga utama Uzbekistan dan turut membantu pasukan ini mempertahankan kejuaraan kali keempat berturut-turut.

Selain itu, beliau juga pernah beraksi di liga Belanda bersama Feyenoord Rotterdam, Excelsior Rotterdam, Dordrecht FC dan SC Cambuur Leewarden sebelum berhijrah ke Crotia pada tahun 2019 cukup membuktikan beliau seorang pemain yang mempunyai pengalaman yang luas di eropah dan turut pernah menyertai Skuad bawah 19 tahun (B-19) Belanda.

Dengan harapan yang tinggi, beliau yang bakal menyarung jersi bernombor 4 menyatakan ingin menggunakan peluang ini sebaik mungkin membuktikan kualiti yang beliau ada bagi memantapkan lagi jentera pertahanan tengah pasukan ini.

Pihak Pengurusan Terengganu FC mengucapkan selamat datang kepada Steenvoorden dan selamat berjuang !