ISMAHEEL BAKAL BERSINAR BERSAMA TERENGGANU FC

Ismaheel Akinade kini sah bersama pasukan Terengganu FC selepas menandatangani kontrak untuk tempoh satu musim bagi import kouta bebas sekaligus memperkuatkan jentera serangan bagi persediaan Liga Malaysia 2024/2025.

Pemain kelahiran Nigeria yang berketinggian 1.90m ini pernah beraksi dan menjadi tonggak utama dalam saingan Liga Malaysia iaitu bersama pasukan Kelantan United dan juga Kelantan FC. Ketua Jurulatih Terengganu FC iaitu Tomislav Steinbruckner telah menyenaraikan Ismaheel sebagai pemain yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan dan boleh digandingkan bersama Ivan Mamut.

Ismaheel yang kini berusia 30 tahun pernah beraksi bersama kelab profesional berpengkalan di Dhaka, Bangladesh, Sheikh Russel KC sebelum ini dan juga pernah berkelana dengan beberapa kelab di Vietnam selama tiga tahun. Pembabitan awal Akinade selaku pemain bolą sepak profesional bermula dengan kelab di Ireland seperti Bray Wanderes, Bohemians dan Waterford sebelum beliau berhijrah dan beraksi di saingan Liga Vietnam pada 2019 hinggga 2022 bersama Ho Chin Minh City FC, SHB Da Nang dan Hong Linh Ha Tinh (HLHT).

Ismaheel berharap beliau dapat menjadi antara penggempur utama pasukan dan beliau ingin memastikan kehadirannya berjaya membawa impak positif untuk pasukan Terengganu FC. Pihak pengurusan Terengganu FC mengucapkan selamat datang buat Ismaheel Akinade ke keluarga besar Terengganu FC!