KEMBALINYA DEAD BALL SPECIALIST MALAYSIA KE KELAB NEGERI KELAHIRANNYA

‘’Bagai Sireh Pulang ke gagang”, itulah perumpamaan yang paling sesuai selepas Safawi Rasid sah telah menandatangani kontrak untuk bersama Terengganu FC sebagai pinjaman dari kelab Johor Darul Ta’zim untuk tempoh 1 musim bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Safawi atau nama penuhnya Muhammad Safawi bin Rasid yang kini berusia 27 tahun adalah merupakan pemain tempatan yang berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau juga adalah salah seorang pemain utama yang telah berada dalam senarai pemain yang ingin ditandatangani oleh pengendali pasukan, Tomislav Steibruckner bagi projek musim baharu Terengganu FC. Untuk rekod, Safawi kini sekali lagi akan menjadi anak didiknya buat kali ke-2 dimana sebelum ini mereka pernah bekerjasama di dalam pasukan T-Team FC pada tahun 2015.

Safawi akan menyarung jersi bernombor 11 bersama pasukan Terengganu FC. Baginya, biarpun beliau merasa amat teruja apabila dapat kembali untuk beraksi bersama pasukan di negeri kelahirannya, sejujurnya beliau sedar beliau perlu terus berusaha keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan ini. Beliau juga ingin menggunakan pengalamannya setelah pernah beraksi bersama beberapa pasukan dari luar negara dan juga pasukan gergasi di Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim untuk membantu pasukan Terengganu FC mendapatkan tempat yang lebih baik dalam saingan liga dan juga memburu piala kejuaraan bagi saingan musim baru.

Pihak Pengurusan Terengganu FC mengucapkan selamat datang kepada Safawi Rasid, semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan kualiti yang ada serta berjaya menambahkan tonik bahagian serangan pasukan Terengganu FC pada musim ini.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor