ALX PENAJA KIT TERBARU TERENGGANU FC DENGAN NILAI TAJAAN MENCECAH RM2 JUTA
Hari ini Terengganu FC secara rasminya mengumumkan kerjasama bersama salah sebuah jenama sukan baharu tempatan yang ‘hadir’ dengan kualiti premium iaitu ALX. Jenama dari syarikat pengedar barangan sukan terbesar negara iaitu Al-Ikhsan Sports ini bakal digunakan sepenuhnya sebagai kit lengkap bagi kelab Terengganu FC.
Dengan nilai keseluruhan tajaan mencecah RM 2,000,000.00, Terengganu FC dan ALX bersetuju untuk menjalinkan kerjasama penajaan selama dua musim iaitu bagi musim pertama 2024/2025 dan 2025/2026.
ALX yang ingin dikenali sebagai sebuah jenama inovasi kualiti terbaik yang direka untuk sukan berprestasi tinggi, memahami sepenuhnya permintaan dan aspirasi pengguna moden. ALX juga menyatakan matlamat mereka sangat jelas iaitu untuk menjadi sebuah jenama sukan yang berkualiti setaraf dengan jenama-jenama besar antarabangsa yang lain.
Apa yang lebih menarik, semua produk dari jenama ALX dihasilkan menggunakan amalan mementingkan alam sekitar, meminimumkan kesan alam sekitar tanpa menjejaskan prestasi atau kualiti. ALX juga ingin memastikan kecemerlangan jenama dan tanggungjawab alam sekitar berjalan seiring. Keputusan ALX untuk menjalankan kerjasama penajaan bersama Terengganu FC adalah melihatkan kelab ini mampu menaikkan imej jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negara.
“Find Your Unknown”