Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Perak FC

Perlawanan terakhir bagi saingan Liga Super Malaysia 2023 pada malam ini, pasukan Terengganu FC selaku tuan rumah bakal bertemu dengan pasukan Perak FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin gong badak Terengganu. Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mensasarkan perlawanan pada malam ini untuk tiga mata di tempat sendiri selepas menurunkan tonggak utama, pemain-pemain import iaitu, Ivan Mamut, Sony Norde, Habib Haroon dan Nurillo Tuktasinov. Manakala pemain pertahanan juga diberi peluang kepada pemain muda Faris Rifqi dan semestinya Azam Azmi, Sharul Nizam, Safwan Mazlan.

Sepak mula perlawanan malam ini memberi menunjukkan kedua-dua pasukan cuba mencari peluang keemasan untuk mendapatkan jaringan awal dan berjaya selepas penjaga gol Perak FC melakukan kesilapan dan memberi penyerang Ivan Mamut untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-6. Seterusnya pasukan tuan menambah jaringan kedua selepas hantaran Nik Sharif berjaya ditanduk masuk oleh Engku Shakir pada minit 16. Pasukan Perak FC cuba mendapatkan jaringan penyamaan den mencari peluang, namum tidak berjaya dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (2) (0) Perak FC.

Memasuki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan pelawat selepas beberapa percubaan yang dilakukan namun terhalang dan dinafikan oleh pertahanan dan penjaga gol Perak FC. Seterusnya Terengganu FC membuat 3 pertukaran pemain dengan membawa masuk Liridon Krasniqi, Hakim Hassan, Adisak Kraisorn dan mengeluarkan Engku Shakir, Ivan Mamut, Nik Sharif. Pertukaran yang dilakukan oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi keyakinan kepada pasukan Terengganu FC apabila peluang dan hantaran cantik Nurillo Tuktasinov kepada Hakim Hasan mudah untuk menjaringkan gol ketiga buat pasukan tuan rumah sekaligus memberi tiga mata kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan Terengganu FC (3) (0) Perak FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2023.