Ulasan Perlawanan Penang FC Melawan Terengganu FC
Liga Super Malaysia antara pasukan tuan rumah Penang FC bertemu dengan pasukan Terengganu FC pada malam ini yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Penang di mana pasukan Terengganu FC membawa kembali skuad utama pertahanan iaitu, Sharul Nizam, Safwan Mazlan dan Azam Azmi kembali cergas untuk diturunkan perlawanan pada malam ini dan tidak lupa jugak kepada Faris Rifqi penampilan pertama buat beliau untuk perlawanan menentang Penang FC
Sepak mula perlawanan menunjukkan kedua-dua pasukan nampak seimbang dan semestinya kedua-dua pasukan ingin mencari gol awal bagi mendapatkan keselesaan. Peluang yang dimiliki oleh pasukan Penang FC hampir-hampir memencah kebuntuan apabila rembatan peyerang tuan rumah berjaya dinafikan oleh penjaga gol, Rahadiazli Rahalim. Pasukan Terengganu FC cuba mencipta beberapa peluang untuk aksi separuh masa pertama namum tidak berjaya dan tamat perlawanan.
Memasukki separuh masa kedua Pasukan Terengganu FC cuba mendominasi perlawanan bagi mencari peluang dan jaringan namum tidak berhasil selepas 60 minit perlawanan. Seterusnya Ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner membuat tiga pertukaran pemain dengan membawa masuk Engku Shakir, Sardor Kulmatov, Ubaidillah dan membawa keluar Muslihuddin ‘Atiq, Azam Azmi, Nik Sharif, antara percaturan yang semestinya memberi keputusan yang positif apabila pertukaran yang dilakukan oleh Tomislav Steinbruckner berhasil memberikan gol pertama buat pasukan Terengganu FC selepas pergerakan Syahmi Zamri sebelah kanan memberikan gol buat pasukan Terengganu FC pada minit 65’.
Pasukan Terengganu FC membuat pertukaran pemain yang keempat dengan membawa masuk pemaim import tengah, Nurillo Tuktasinov dan mengeluarkan pemain Faris Rifqi. Pasukan tuan rumah cuba menyamakan kedudukan untuk peluang terakhir dan berjaya selepas sepakan penalti yang dimiliki oleh pasukan tuan rumah berjaya disudahi oleh Rafael Vitor sekaligus memberikan kedudukan seri antara pasukan Penang FC (1) (1) Terengganu FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2023.