Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Sabah FC
Liga Super Malaysia 2023, Pasukan Terengganu FC bertemu dengan pasukan Sabah FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan beberapa perubahan posisi pemain dimana kita lihat Hakim Hassan diberi kepercayaan untuk mengendali posisi pertahanan apabila berhadapan dengan pasukan Sabah FC selepas pemain-pemain seperti Azam Azmi, Sharul Nizam dan Safwan Mazlan mengalami kecederaan. Manakala Adisak Kraisorn juga menjadi tonggak utama bagi posisi penyerang pada malam ini semestinya kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.
Sepak mula perlawanan pada malam ini sedikit sukar buat kedua-dua pasukan apabila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin mengalami hujan beberapa hari sebelum ini dan sedikit becak. Keadaan ini tidak dijadikan alasan buat pasukan pelawat selepas jaringan awal tercipta oleh Ramon Machado pada minit ke-6. Pasukan tuan rumah terus dihukum oleh pasukan pelawat selepas serangan yang diberikan oleh pasukan Sabah FC memberikan, Saddil Ramdani berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke ‘28. Seterusnya pasukan tuan rumah cuba mendapatkan jaringan penyamaan dan tidak berjaya apabila pasukan Sabah FC mempunyai peluang untuk jaringan ketiga selepas pemain import, Gariddo Cifuntes sekaligus memberikan jaringan Terengganu FC (0) (3) Sabah FC untuk separuh masa pertama.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Ivan Mamut, Syafiq Daniel dan mengeluarkan Sony Norde, Adisak Kraisorn. Pasukan pelawat lebih selesa di SSMZA selepas Jafri Chew mudah untuk menjaringkan gol keempat pada minit ke 47. Pasukan tuan rumah cuba berusaha untuk mendapatkan jaringan namum tidak berjaya dan akur dengan kekalahan dengan keputusan Terengganu FC (0) (4) Sabah bagi aksi Liga Super Malaysia 2023