Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Kuala Lumpur City FC
Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 diantara pasukan Terengganu FC menentang Kuala Lumpur City FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu pada malam ini menunjukkan pasukan Terengganu FC mempunyai kelebihan satu jaringan apabila untuk separuh akhir pertama pasukan Terengganu FC berjaya menjaringkan dua gol dan pasukan KualaLumpur City FC mempunyai satu jaringan. Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada pemain naturalisasi, Liridon Kraniqi bagi menggalas tugasan penting untuk menggantikan pemain tengah Nurillo selepas menerima satu pergantungan perlawanan.
Sepak mula perlawnan pada malam ini menunjukkan kedua-dua pasukan seimbang dan mencari peluang bagi mendapatkan jaringan awal.Pasukan Terengganu FC mempunyai peluang selepas hantaran Ivan Mamut kepada Sony Norde tidak berjaya apabila Kevin Mendoza menafikan peluang tersebut. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pasukan Terengganu FC dan berjaya selepas pemyerang, Ivan Mamut membuat percubaan terus dan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-42 sekaligus menamatkan untuk perlawanan separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (1) (0) Kuala Lumpur City FC.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Kuala Lumpur City FC berusaha mencari peluang untuk menyamakan kedudukan dan berjaya selepas Romel Morales mudah untuk menjaringkan gol pada minit ke 51. Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran pemain dengan membawa masuk Syahmi Zamri dan mengeluarkan Engku Shakir.
Percaturan pertukaran yang dilakukan oleh Tomislav Steinbruckner berhasil selepas memberi ruang kepada Ivan Mamut untuk mendapatkan jaringan kedua beliau pada minit ke 68’ selepas hantaran cantik yang diberikan oleh Liridon Kraniqi. Pasukan Terengganu FC membuat dua lagi pertukaran pemain dengan membawa masuk Adisak Kraisorn,Safwan Mazlan dan mengeluarkan Sony Norde,Alif Zakaria. Pasukan KL City FC cuba mendapatkan gol pemyamaan namum tidak berjaya dan sekaligus memberikan kepada pasukan tuan rumah berjaya mara ke saingan akhir Piala Malaysia 2023 dengan jaringan Terengganu FC (2)2 (1)1 Kuala Lumpur City FC.