Ulasan Perlawanan Sri Pahang FC Melawan Terengganu FC

Liga Super Malaysia 2023 di antara pasukan Sri Pahang FC bertemu pasukan Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang dimana pasukan Terengganu FC sebelum ini tewas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang pasukan Sri Pahang FC dengan jaringan Terengganu FC (1) (2) Sri Pahang FC. Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada anak buahnya, Selepas Sardor Kulmatov, Omid Nazari, Adisak Kraisorn, Liridon Kraniqi menjadi kesebelasan utama untuk perlawanan pada malam ini. Seterusnya kembalinya Rahadiazli Rahalim juga tersenarai untuk penjaga gol utama bagi menentang Sri Pahang FC.

Permulaan perlawanan pada malam ini kedua-dua pasukan mengatur langkah bagi mendapatkan jaringan awal dalam tempoh 15 minit dan tidak berjaya selepas mempunyai beberapa peluang dan disia-siakan. Seterusnya pasukan Terengganu FC mempunyai peluang keemasan selepas sepakan penjuru berjaya mendapatkan gol pertama yang ditanduk masuk oleh Omid Nazari pada minit ke-24. Pasukan tuan rumah cuba mendapatkan gol penyamaan untuk separuh masa pertama namum tidak berjaya dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Sri Pahang FC (0) (1) Terengganu FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan rumah semestinya ingin mencari gol penyamaan selepas mempunyai beberapa peluang namum tidak berhasil selepas dinafikan oleh pemain pertahanan Terengganu FC. Pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Muslihudin ‘ Atiq, Safwan Mazlan dan mengeluarkan Sardor Kulmatov, Adisak Kraisorn. Peluang kedua buat pasukan Terengganu FC terhasil dengan jaringan kedua Omid Nazari selepas sepakan percuma sekaligus menewaskan penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi.

Pasukan Sri pahang cuba bangkit pada minit ke 75’ apabila penyerang, Rafael Feital melakukan percubaan terus dan memberi gol pertama buat pasukan tuan rumah. Pasukan tuan rumah sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan penyamaan pada minit 80 selepas ketua pasukan tuan rumah, Sergio Aguero menjaringakan gol kedua pada minit ke-80 sekaligus menjadikan perlawanan seri dengan jaringan Sri Pahang FC (2) (2) Terengganu FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2023.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot