Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Stallion Laguna FC

Perlawanan Piala AFC 2023 di antara pasukan Terengganu FC (Malaysia) bertemu bersama pasukan Stallion Laguna FC, (Filipina) pada petang ini berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan perlawanan ketiga selepas pasukan Terengganu FC berjaya mendapatkan tiga mata dengan pasukan Central Coast Mariners dan satu mata berjaya dibawa pulang ke negeri Terengganu selepas seri bertemu dengan pasukan Bali United FC.

Sepak mula menunjukkan pasukan pelawat mempunyai peluang awal dan mendahului pasukan tuan rumah selepas sepakan percuma pada minit ke-6 berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Suhaimi Husin. Pasukan tuan rumah cuba menyamakan kedudukan bagi aksi separuh masa pertama namum tidak berjaya selepas pasukan pelawat berjaya memberi gol kedua pada minit ke-41 dengan rembatan Ngong Sam Stephen sekaligus menundukkan penjaga gol, Suhaimi Husin untuk kali kedua. 3 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan berjaya memberi peluang kepada pasukan tuan rumah selepas hantaran Ivan Mamut berjaya mendapatkan gol pertama oleh Sonny Norde dan tamat perlawanan untuk separuh masa pertama Terengganu FC (1) (2) Stallion Laguna FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk pemain Adisak Kraison, Hakim Hassan dan menggantikan pemain Engku Shakir, Nik Sharif. Pasukan Terengganu FC cuba mendapatkan gol penyamaan dan mempunyai peluang namum disia-siakan. Seterusnya. Pasukan Terengganu FC membuat dua lagi pertukaran dengan membawa masuk Syahmi Zamri, Arif Fadzillah dan mengeluarkan Ivan Mamut, Alif Zakaria. Peluang untuk pasukan tuan rumah bagi gol penyamaan berjaya selepas masa tambahan memberi peluang kepada pasukan Terengganu FC apabila hantaran Sony Norde memberi peluang Adisak Kraisorn mendapatkan gol pemyamaan dan sekaligus tamat perlawanan bagi aksi Piala AFC 2023 dengan jaringan seri Terengganu FC (2) (2) Stallion Laguna FC.