Ulasan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Melawan Terengganu Fc

Saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 di antara pasukan Kuala Lumpur City FC bertemu dengan pasukan Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menunjukkan pasukan Terengganu FC melakukan sedikit perubahan selepas Ketua Jurulatih,Tomislav Steinruckner melakukan perubahan di posisi pertahanan apabila Safwan Mazalan tidak dapat beraksi akibat pergantungan satu perlawanan pada malam ini. Ubi muda, Muhammad Ubaidillah diberi kepercayaan untuk perlawanan pada malam ini untuk bergandingan bersama dengan Sharul Nizam.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan Terengganu FC cuba mendominasikan perlawanan selepas berjaya mengalawal perlawanan dan cuba mengatur untuk mendapatkan jaringan dan peluang awal. Peluang awal yang dimiliki oleh pasukan Terengganu FC oleh Sonny Norde tidak berjaya selepas rembatan Sony Norde berbaya ditepis oleh penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza. Sererusnya diikuti peluang Azam Azmi juga tidak berjaya selepas rembatan beliau sedikit tersasar ke gawang gol KL City FC. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pasukan Terengganu FC untuk mendapatkan jaringan apabila masa tambahan berjaya memberi peluang gol pertama buat pasukan Terengganu FC dengan hantaran Nurillo berjaya disudahi penyerang, Ivan Mamut dan menjadikan jaringan Kuala Lumpur City FC (0) (1) Terengganu FC untuk separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan tuan rumah cuba mencari peluang dan gol penyamaan untuk terus mengawal perlawanan dan tidak berjaya. Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif,Syahmi Zamri dan mengeluarkan Hakim Hasan dan Engku Shakir. Seterusnya sekali lagi Terengganu FC membuat pertukaran dengan membawa masuk Liridon Krasniqi,Adisak Kraison untuk mengeluarkan Habib Haroon, Ivan Mamut. Pertukaran yang dilakukan oleh Tomislav Steinbruckner berhasil selepas pasukan tuan rumah dihukum pada minit ke-88 apabila hantaran Liridon Krasniqi kepada Nik Sharif berjaya menjaringkan gol kedua. 5 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan berjaya memberi peluang kepada pasukan tuan rumah apabila dihadiahi sepakan penalti dan berjaya disudhi oleh Kipre Tcheche sekaligus membawa pasukan Terengganu FC mendahului jaringan (2) dan (1) untuk pasukan Kuala Lumpur City FC bagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor rimbatoto slot gacor slot gacor