Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Selangor FC

Liga Super Malaysia 2023, pasukan Terengganu FC menentang pasukan Selangor FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dimana ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner membuat sedikit perubahan selepas Sonny Norde, Nik Sharif tidak dapat beraksi setelah mengalami kecederaan semasa perlawanan Piala Malaysia sebelum ini. Perlawanan pada malam ini memberi peluang kepada Adisak Kraison,Ubaidillah dan Omid Nazari semestinya diberikan kepercayaan untuk diturunkan sebagai tonggak utama bagi bertemu pasukan Selangor FC pada malam ini.

Sepak mula menunjukkan kedua-dua pasukan mencari rentak ataupun mencari ruang bagi menacari jaringan awal selepas pasukan Terengganu terus memberi tekanan kepada pasukan Selangor FC selepas percubaan Nurillo diselamatkan oleh penjaga gol, Samuel Jacob. Pasukan Selangor FC mencari peluang dan berjaya selepas Jose Orozco berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 26. Seterusnya pasukan Selangor FC terus menghukum pasukan tuan rumah apabila sekali lagi pemain import selangor FC, Jose Orozco menjaringakn gol kedua pada minit 40’ sekaligus menjadikan jaringan Terengganu FC (0) (2) Selangor FC untuk separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Alif Zakaria, Ivan Mamut dan mengeluarkan Hakim Hassan, SHarul Nizam. Pasukan Selangor FC mempunyai peluang seterusnya apabila Faisal Halim berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit 51. Terengganu FC membuat pertukaran seterusnya dengan mengeluarkan Habib Haroon dan membawa masuk Liridon Krasniqi. Pasukan pelawat terus memberi gol keselesaan dengan jaringan Alif Izwan pada minit 81’ dan memberi kemenangan kepada pasukan Selangor FC dengan jaringan Terengganu FC (0) (4) Selangor bagi aksi Liga Super Malaysia 2023.