Ulasan Perlawanan Kelantan United FC Melawan Terengganu FC

Liga Super Malaysia 2023 di antara pasukan Kelantan United FC bertemu pasukan Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad lV, Kota Bharu Kelantan dimana ketua jurulatih Terengganu FC,Tomislav Steinbruckner mengekalkan barisan import dan memberi kepercayaan kepada semua pemain lokal untuk barisan pertahanan dan Terengganu FC juga terpaksa bermain dengan ketiadaan Sharul Nizam selepas digantung untuk satu perlawanan akibat menerima tiga kad kuning untuk perlawanan Liga Super Malaysia.

Wisel permulaan menunjukkan kedua dua pasukan sedikit sukar bagi mencari jaringan awal apabila padang mengalami sedikit becak. Namum pasukan Terengganu FC mempunyai satu peluang apabila rembatan deras, Ivan Mamut tersasar. Terengganu FC terus mencari peluang bagi mendapatkan jaringan apabila sepakan Sony Norde terkena tangan pemain pertahanan Kelantan United FC dan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penal pada minit ‘27 dan disudahi oleh Ivan Mamut. Dua minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawan memberi keputusan Kelantan United FC (0) (1) Terengganu FC.

Memasukki separuh masa kedua Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa masuk Alif Zakaria dan mengeluarkan Arif Fadzilah. Pasukan pelawat cuba mendapatkan jaringan penyamaan untuk separuh masa pertama namum buntu selepas pemain pertahanan Terengganu FC cemerlang dan memberi komitmen yang baik. Pasukan Terengganu FC sekali lagi membuat pertukaran yang kedua dengan membawa masuk Nik Sharif dan mengeluarkan Hakim Hassan.

Terengganu FC terus menghukum tuan rumah apabila Engku Shakir melakukan hantaran yang baik kepada Sony Norde dan berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-72. Pasukan Terengganu FC terus memberi gol keselesaan selepas Nik Sharif mudah untuk menjaringkan ketiga pada minit ke- 83’. Pasukan tuan terus berusaha bagi mendapatkan jaringan dan berjaya selepas rembatan Ismaheel Akinade menjaringan gol pertama untuk pasukan tuan rumah pada minit 86. Lima minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan telah memberikan kemenangan bergaya buat pasukan Terengganu FC selepas peluang Hakimi Abdullah memberi gol keempat dan sekaligus pasukan Terengganu FC bejaya membawa tiga mata di Stadium Sultan Muhammad lV dengan jaringan Kelantan United FC (1) (4) Terengganu FC bagi saingan Liga Super Malaysia 2023.