NURILLO TUKHTASINOV TANDATANGANI KONTRAK SEHINGGA DISEMBER 2024

Pada hari ini secara rasminya Nurillo Tukhtasinov menjadi pemain import terbaru bagi pasukan Terengganu FC. Pemain kebangsaan Uzbekistan ini telah menandatangani kontrak perjanjian yang akan berakhir pada Disember 2024 mengisi kuota pemain import bebas dan dijangka bakal memberikan impak positif buat kelab ini bagi mengharungi saingan Liga Super, Piala Malaysia dan juga Piala AFC.

Sebelum ini, pemain tengah berumur 26 tahun ini beraksi bersama pasukan FC Neftchi Fergana di Uzbekistan Super League. Beliau pernah dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik di saingan liga Uzbekistan dan mempunyai pengalaman yang luas bersama pasukan Kebangsaan Uzbekistan U19, U21, U23, dan pasukan utama negaranya itu.

Beliau tidak berselindung menyatakan dirinya sangat teruja apabila mendapat tawaran untuk bersama pasukan Terengganu FC dan ini adalah merupakan kali pertama beliau bakal berhijrah ke Malaysia untuk menyertai pasukan di negara ini. Nurillo bakal memakai jersi bernombor 97 sempena tahun kelahirannya iaitu tahun 1997. Nurillo menyatakannya semestinya beliau sudah tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan ini serta berazam untuk membantu pasukan ini mendapatkan kejayaan.

Pengurusan kelab Terengganu FC mengucapakan selamat datang kepada Nurillo, diharapkan kehadirannya bakal memberikan impak luar biasa untuk kelab ini!

 

Nurillo menandatangani kontrak untuk bersama pasukan ini sehingga Disember 2024 (18 Bulan)

Comments (2)

  1. FloydSlino

    buying from online mexican pharmacy: mexican rx online – buying prescription drugs in mexico online

  2. Williamfew

    best india pharmacy http://indiaph24.store/# cheapest online pharmacy india
    online pharmacy india

Leave a Reply