Ulasan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Melawan Terengganu FC

Liga Super Malaysia 2023, pasukan Kuala Lumpur City FC bertemu dengan pasukan Terengganu FC semestinya menjadi pelawat buat pasukan tuan rumah pada hari ini apabila pasukan Terengganu FC cuba bangkit selepas kekalahan yang dialami oleh pasukan Terengganu FC untuk separuh akhir Piala FA sebelum ini dengan sepakan penalti. Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada pemain import Omid Nazari dan Domagoj Pusic, bagi mengendalikan jentera tengah selepas Habib Haroon dan Adisak Kraison tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan. Manakala bagi pemain lokal semestinya peluang buat Nor Hakim Hassan untuk pertama kali beraksi Liga Super Malaysia 2023 pada malam ini bagi menentang Kuala Lumpur City FC.

Sepak mula pada malam ini untuk kedua-dua pasukan sedikit sukar apabila padang tuan rumah sedikit becak selepas mengalami hujan lebat sebelum perlawanan bagi kedua-dua pasukan untuk mencari peluang gol awal. Pasukan tuan rumah mempunyai peluang apabila Kipre Tcheche merembat terus ke gawang gol namum tersasar jauh. Selepas beberapa minit pasukan Terengganu FC mempunyai peluang keemasan apabila tendangan, Omid Nazari berhasil mendapatkan gol pertama pada minit ke-28. Sementara itu pasukan tuan rumah cuba bangkit selepas sepakan penjuru pada minit ke- 36 memberi Giancarlo Gallioco mendapatkan gol penyamaan. Pasukan tuan rumah cuba mendapatkan lebihan jaringan dan berjaya apabila ketua pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue mudah untuk mendapatkan jaringan kedua pada minit ke-42. dua minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan telah membuka peluang untuk gol keselesaan buat pasukan pelawat apabila jaringan Romel Morales sekaligus memberikan jaringan Kuala Lumpur City FC (3) (1) Terengganu FC pada separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC cuba bangkit, apabila Nor Hakim Hasan cuba masuk ketengah dan merembat masuk untuk gol kedua buat pasukan Terengganu FC. Pasukan Terengganu FC cuba mendapatkan peluang seterusnya untuk menyamakan kedudukan gol dan berhasil pabila Ivan Mamut berjaya memberikan jaringan ketiga pada minit ke-58. Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran dengan membawa keluar Nor Hakim Hasan dan memasukkan Syahmi Zamri. Seterusnya Terengganu FC membuat tiga pertukaran dengan membawa masuk Nik Sharif, Liridon Krasniqi dan Arif Fadzillah dan mengeluarkan Engku Shakir, Omid Nazari dan Alif Zakaria. Empat minit masa tambahan memberi kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan seri Kuala Lumpur City FC (3) (3) Terengganu FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras bagi aksi Liga Super Malaysia 2023.

Comments (2)

  1. Create Personal Account

    Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!

  2. Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.

Leave a Reply