SUDAH LAMA SAYA IDAMKAN UNTUK KEMBALI BERBAKTI BERSAMA TERENGGANU

Pemain kelahiran Terengganu Mohd Nor Hakim Hassan bersetuju untuk menjadi salah seorang pemain yang bakal memperkuatkan pasukan Terengganu FC untuk menghadapi pusingan kedua saingan Liga Super 2023, Piala AFC dan Piala Malaysia selepas mengikat kontrak selama satu tahun bersama pasukan Terengganu FC.

Nor Hakim Hassan, sebelum ini beraksi bersama pasukan Selangor FC selama 4 musim dan pernah membawa pasukan Perak FC untuk meraih kejuaraan bagi saingan Piala Malaysia pada tahun 2018. Nor Hakim juga mempunyai 6 penampilan bersama skuad Kebangsaan dengan kali terakhir beraksi ketika Piala Mitsubhisi Electric 2022 yang menyaksikan Harimau Malaya berjaya layak ke separuh akhir.

Menurut Hakim, beliau sangat faham apa yang diinginkan oleh oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner yang juga bekas jurulatihnya semasa berada bersama di pasukan T-Team FC pada tahun 2015. Baginya, beliau sudah biasa dengan kaedah latihan dan pembentukan disiplin yang diinginkan oleh pengendali tersebut namun baginya mungkin ianya bakal berbeza pada kali ini kerana Tomislav yang beliau kenal dahulu dan kini adalah pada zaman berbeza. Tetapi bagi Hakim, beliau ingin mengambilnya sebagai cabaran untuk cepat memahami apa yang pasukan ini rencanakan dan beliau sudah tidak sabar untuk turun beraksi selepas jendela perpindahan dibuka nanti.

Untuk tahun ini, Hakim akan memakai jersi bernombor 69 dan ingin menjadikannya sebagai nombor yang bakal diingati oleh para penyokong pada musim ini. Pihak pengurusan Terengganu FC mengucapkan selamat datang kepada Nor Hakim Hassan dan semoga beliau dapat terus membantu memperkuatkan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia dan seterusnya.

 

 

Comments (2)

  1. Williamfew

    reputable indian online pharmacy https://indiaph24.store/# india pharmacy
    top 10 pharmacies in india

  2. FloydSlino

    medicine in mexico pharmacies: Mexican Pharmacy Online – pharmacies in mexico that ship to usa

Leave a Reply